Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Sedang Rancak Menguji Pengecasan Pantas 100W

Xiaomi Sedang Rancak Menguji Pengecasan Pantas 100W

Diterbitkan Disember 8, 2021 oleh Bangman

Anda rasa pengecasan 60W sudah cukup laju? Bertenang wahai anak muda, mari sini abang nak cerita. Xiaomi kini sedang berada dalam fasa pengujian untuk pengecasan pantas 100W mereka, dan ini juga akan diuji untuk kapasiti bateri yang lebih besar, menurut Digital Chat Station.

Super 100W flash charging is also under test, and the battery is not small…

— Digital Chat Station (@chat_station) December 7, 2021

Namun, kepada anda yang belum tahu, Xiaomi telah pun melancarkan pengecasan 120W melalui Xiaomi Mi 11T Pro dan juga turut menguji pengecasan 200W. Jadi kenapa Xiaomi seakan berpatah balik untuk menguji pengecasan 100W?

Penjelasan kepada langkah ini adalah kerana pembangunan pengecasan 100W ini mampu memperlahankan penurunan kesihatan bateri. Ia lebih stabil, tidak terlalu laju tidak terlalu perlahan, cukup seimbang untuk ketahanan bateri.

Xiaomi Sedang Rancak Menguji Pengecasan Pantas 100W

Dikhabarkan bahawa pengecasan pantas ini tidak akan hadir bersama siri Xiaomi 12, kerana siri itu telah pun menggunakan pengecasan 120W. Namun, ia berkemungkinan besar akan hadir bersama siri Mix 5, yang mungkin akan membuat kemunculan pada penggal kedua tahun 2022.

Selain itu, terdapat juga khabar angin bahawa Xiaomi merancang untuk melancarkan telefon andalan seterusnya pada penggal kedua tahun 2022, yang dilengkapi dengan pengecasan lebih daripada 120w. Sebuah berita yang sangat baik untuk para peminat Xiaomi, sentiasa di hadapan.

Baca juga:

  • Xiaomi Acah Produk Baru Di Malaysia
  • Siri Xiaomi 11T Dan Xiaomi 11T Pro Dilancarkan Bersama Pengecas Hyper 120W
  • 5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY