Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mulai Minggu Depan, Kontak Rapat Tidak Bergejala Tak Perlu Kuarantin Tapi Bersyarat

Posted on Februari 24, 2022Februari 24, 2022

Menteri Kesihatan tadi mengeluarkan arahan baharu iaitu penerima dos penggalak yang disahkan kontak rapat tanpa gejala tidak lagi perlu menjalani pengasingan atau kuarantin berkuat kuasa 1 Mac 2022 iaitu Selasa depan.

Bagaimanapun, mereka hendaklah melakukan ujian kendiri pada hari pertama dan ketiga pada tarikh akhir mereka terdedah dengan kes positif. Mereka yang mendapat ujian negatif boleh meneruskan urusan seperti biasa tetapi mereka yang disahkan positif hendaklah mengasingkan diri dan memuat naik keputusan ke MySejahtera.

 

Dalam sidang media sama, Khairy Jamaluddin turut memaklumkan pelanjutan tarikh akhir untuk penerima dos primer Sinovac mendapatkan dos penggalak sebelum status vaksinasi lengkap mereka ditarik. Tanggal 31 Mac 2022 akan adalah tarikh akhir untuk mereka mendapatkan dos penggalak sebelum status vaksinasi berubah pada 1 April 2022.

Sumber: Sidang Media KKM

Baca juga:

  • COVID-19: Ini Perbezaan Pesakit Gejala Kategori 2A Dan 2B
  • Pembelian Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dapat Pelepasan Cukai Sehingga RM1000
  • Kumpulan Tidak Divaksin Paling Berisiko Mati Akibat COVID-19 – KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress