Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tambah aplikasi ke Home Screen

Muat Turun Aplikasi Di App Store Tapi Tak Muncul Di Home Screen? Ikut Langkah Mudah Ini..

Diterbitkan Februari 8, 2021 oleh Amalina Athman

Menerusi kemas kini iOS 14 yang dilancarkan pada tahun lalu, Apple telah membawakan sejumlah ciri yang menarik. Antaranya termasuk ciri App Library yang berfungsi untuk menyusun semua aplikasi secara automatik dalam satu folder yang lebih teratur dan mudah dicari.

Tambahan pula, aplikasi disusun mengikut kategori dengan aplikasi yang kerap digunakan boleh terus dibuka tanpa perlu membesarkan folder tersebut. Terdapat juga butang carian untuk mengakses sesuatu aplikasi dengan lebih pantas.

Dengan ciri ini juga, anda boleh memilih untuk menambah aplikasi yang baru dimuat turun di App Store ke Home Screen atau hanya di App Library. Mungkin ada antara anda yang melakukannya secara manual, berikut disertakan langkah ringkas dan mudah untuk menambah aplikasi tersebut secara automatik ke Home Screen.

Cara tambah aplikasi ke Home Screen

Pertamanya, pergi ke Setting iPhone anda.

Muat Turun Aplikasi Di App Store Tapi Tak Muncul Di Home Screen? Ikut Langkah Mudah Ini..

Setelah itu, tatal ke bawah sehingga anda menjumpai “Home Screen”.

Muat Turun Aplikasi Di App Store Tapi Tak Muncul Di Home Screen? Ikut Langkah Mudah Ini..

Kemudian, di bahagian “Newly Downloaded Apps“, pilih “Add to Home Screen”.

Tambah aplikasi ke Home Screen

Dengan memilih tetapan ini, setiap aplikasi yang dimuat turun di App Store akan ditambah ke Home Screen secara automatik. Selain itu, anda juga boleh memilih “App Library Only” jika mahukan aplikasi hanya berada di App Library serta menjadikan Home Screen lebih bersih.

Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY