MSI GT76 Titan dilengkapi dengan teknologi perkakasan terbaru.
Belum bermula pun lagi pameran COMPUTEX TAIPEI 2019, MSI telah dianugerahkan Golden Award menerusi komputer riba terbaru mereka MSI GT76 Titan. Model terbaru bagi siri Gaming dari MSI ini merupakan legasi daripada versi terdahulunya MSI GT75 Titan.
MSI GT76 Titan kini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i9 -8 teras dengan ciri overclocked yang membolehkan kuasa pemprosesannya dipertingkatkan sehingga 5.0Ghz.
Ia juga dilengkapi dengan ciri sistem penyejukan terbaru yang kini mempunyai 11 paip penyejuk serta 4 kipas bagi menyejukkan cip pemprosesan utamanya serta cip grafik Nvidia GeForce RTX 2080.
Sekaligus membolehkan komputer riba berprestasi tinggi ini beropersi tanpa sebarang masalah dan peminat permainan video dapat bermain permainan video pada kualiti terbaik.
Komputer riba MSI GT76 Titan ini akan mula dipamerkan pada pengunjung pada pameran COMPUTEX TAIPEI 2019 yang akan berlangsung dari 28 Mei hingga 1 Jun ini nanti.
Buat masa sekarang, belum ada sebarang info berkaitan spesifikasi perkakasannya yang lain, harga jualan serta bilakah ia akan mula berada di pasaran.
Berkaitan
- MSI Lancar Monitor 24.5 Inci Pertama Di Dunia Dengan Ciri Penjagaan Mata
- Papan Induk MSI Kini Sokong Kapasiti Memori Sehingga 256GB
- MSI Modern 14 - 'Laptop' Bajet Dengan 'Spec' Lama Tapi Masih Mantap
- MSI Umum Sokongan RAM DDR5 Di 'Motherboard' AMD Siri AM5 Sehingga 192GB
- MSI Dan CAPCOM Umum Kerjasama Strategik, Beli Monitor Dan Tebus Permainan Exoprimal Percuma
- Konsol MSI Claw Terima Peningkatan Prestasi Menerusi Kemas Kini Pemacu Dan BIOS Baharu
- Diskaun 10.10, Dapatkan Komputer Riba 'Gaming' MSI Serendah RM2,899
- MSI Lancar 7 Produk Edisi Terhad Siri 'Monster Hunter'
- Sambar 'Laptop' MSI Modern 14 Pada Harga RM1,899 Sahaja Sabtu Ini
- Sah MSI Digodam, Pengguna Digesa Kemas Kini Segera Firmware/BIOS