Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-09T121019.775

CES 2024 – Acer Umum ‘Laptop Gaming’ Nitro 17 Dengan Intel Core 14 Dan NVIDIA RTX 40

Diterbitkan Januari 9, 2024 oleh Muhd Idham

Bersempena dengan acara CES 2024, Acer hari ini mengumumkan komputer riba gaming terbaru, iaitu Acer Nitro 17 dengan cip pemprosesan Intel Core i7 14700HX dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan DLSS 3.5 yang digandingkan bersama Microsoft Copilot.

CES 2024 – Acer Umum ‘Laptop Gaming’ Nitro 17 Dengan Intel Core 14 Dan NVIDIA RTX 40

Paparan untuk komputer riba ini adalah beresolusi QHD (2560 x 1440) 17.3 inci dan mempunyai kadar segar semula 165Hz serta kadar tindak balas 3ms.

Selain daripada langganan percuma Xbox Game Pass Ultimate selama sebulan, ia juga menyokong memori konfigurasi 32GB DDR5 5600Mhz dan storan 2TB PCIe NVMe.

Dari segi penstriman dan komunikasi pula, Nitro 17 dilengkapi dengan tiga mikrofon yang menyokong Acer PurifiedVoice 2.0 bagi menapis bunyi-bunyi persekitaran dengan teknologi kecerdasan buatan.

Komputer riba ini juga hadir bersama beberapa jenis penyambungan yang terdiri daripada dua USB Type-C, HDMI 2.1 dan kad MikroSD.

Walaupun peranti ini belum dipastikan untuk pasaran Malaysia, harga yang ditetapkan bernilai USD1,249.99 (~RM5,804.33)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Acer.

Berkaitan

  • Paparan 3D Kini Hadir Pada Monitor 'Gaming' Acer Dan Siri Aspire
  • Tak Ada Boleh Lawan, Ini Telefon Yang Boleh Dapat Foto Potret Memukau
  • Boost-RHB Bank Digital Terima Kelulusan Operasi Mulai 15 Januari
  • Pengguna Telefon Pintar Xiaomi Mula Terima HyperOS

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY