MSI Lancar Siri Kad Grafik NVIDIA RTX 40 SUPER

MSI sekali lagi memperkenalkan produk mereka yang terbaru dan kali ini berupa siri kad grafik yang dikuasakan oleh NVIDIA iaitu siri GeForce RTX 40 SUPER.

Produk ini hadir dalam tiga jenis model iaitu RTX 4080 SUPER, RTX 4070 Ti SUPER dan RTX 4070 SUPER.

Berdasarkan pihak MSI, GPU RTX 40 SUPER ini merupakan salah satu kaedah bagi penggunaan gaming sambil menerima sokongan daripada teknologi kecerdasan buatan.

SUPRIM


Untuk model SUPRIM, ia dilengkapi dengan sistem penyejukan TRI FROZR 3S dan digandingkan bersama TORX FAN 5.0 serta sistem kawalan aliran udara yang menggunakan bilah melengkung Wave-curved 3.0. Selain itu, ia juga dipasangkan dengan RGB Mystic Light dan Dual BIOS untuk pengurangan bunyi kipas semasa penggunaan.

EXPERT


Bagi model EXPERT pula, kad grafik ini menampilkan reka bentuk aliran udara secara tarik-tolak (push-pull) dan struktur luarnya dibina dengan Aluminium Die-Casting untuk ketahanan yang kuat.

GAMING TRIO


GAMING TRIO pula hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih yang juga dilengkapi dengan TORX FAN 5.0 dan sistem penyejukan TRI FROZR 3. Model ini juga dilengkapi dengan Dual BIOS yang boleh diubah kepada mod senyap dan mod gaming.

GAMING SLIM


Model GAMING SLIM juga hadir dalam pilihan warna hitam dan putih dan dilengkapi dengan sistem penyejukan TRI FROZR 3 dan kipas TORX FAN 5.0 sama seperti model GAMING TRIO.

VENTUS


Untuk model siri VENTUS, kad grafik ini menawarkan kadar bajet perbelanjaan yang lebih murah dan prestasi yang berkualiti dengan gandingan kipas TORX Fan 4.0.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk kad grafik MSI NVIDIA GeForce RTX 40 SUPER Series ini, sila layari laman web MSI.

{suggest}

Sumber: Siaran Media MSI