Komputer Riba ASUS ROG Dikemas Kini Dengan Cip Intel Core Ultra Dan Ryzen Siri 8000

Sebagai permulaan tahun baru 2024, ASUS ROG kini telah membuat pembaharuan dan peningkatan terhadap beberapa produk komputer riba model Zephyrus G14 dan G16 serta Strix SCAR 16 dan SCAR 18.

ASUS ROG Zephyrus G14 dan G16




Untuk kedua-dua model Zephyrus ini, ASUS telah menambah baik dari segi reka bentuk yang lebih nipis dan ringan iaitu 1.5 kg dan ketebalan 1.59 cm untuk model G14 serta 1.85 kg dan ketebalan 1.49 cm untuk model G16.

Selain itu, kedua-duanya juga hadir dengan 3 bulan langganan untuk Xbox Game Pass Ultimate.

Tambahan lagi, Zephyrus G14 dan G16 ini merupakan komputer riba ROG pertama yang dilengkapi ciri Nebula Display dengan gandingan panel OLED.

Bagi cip pemprosesan, Zephyrus G14 versi 2024 hadir dengan AMD Ryzen 8000 Series dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4070 manakala Zephyrus G16 versi 2024 hadir dengan cip Intel Core Ultra 9 dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4090.

Ini adalah spesifikasi penuh bagi keluaran terbaru laptop Zephyrus G14 dan G16.


ASUS ROG Strix SCAR 16 dan SCAR 18


Kapsyen: ASUS ROG Strix SCAR 18 (2024)


Dua produk komputer riba ROG Strix ini adalah antara komputer riba ROG pertama yang menggunakan paparan skrin Nebula HDR Display.

Dengan panel daripada MiniLED, paparan Nebula HDR akan tersedia dengan kualiti output 2.5K dengan kadar segar semula 240Hz dan kadar tindak balas masa 3 ms.

Ini adalah spesifikasi penuh bagi ASUS ROG Strix SCAR 18 dan SCAR 16 versi 2024.



Ketersediaan ROG Laptop edisi 2024 ini dijangka hadir ke pasaran Malaysia pada 19 Januari 2024.

{suggest}

Sumber: Siaran Media ASUS