Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Claw 8 AI Plus Akan Hadir Dengan Intel Lunar Lake Dan Bateri 80Wh

MSI Claw 8 AI Plus Akan Hadir Dengan Intel Lunar Lake Dan Bateri 80Wh

Diterbitkan Jun 4, 2024 oleh Amsyar Latif

MSI Claw A1M merupakan konsol permainan mudah alih pertama daripada MSI. Kini, mereka mengesahkan penggantinya, iaitu MSI Claw 8 AI Plus.

MSI mengumumkan perkara ini kepada The Verge di mana ia akan menggunakan cip terbaru Intel Lunar Lake dan juga skrin lebih besar, iaitu 8 inci FHD 120Hz. Selain itu, kapasiti bateri juga dipertingkatkan dan sama dengan ROG Ally X, sebesar 80Wh.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • ASUS ROG Ally X - RAM, Storan, Bateri Lebih Besar, Lebih Sejuk

Bukan itu sahaja yang sama, MSI juga akan menawarkan port USB-C kedua dengan sokongan Thunderbolt 4. Malah, butan LB/RB juga lebih tactile dan pengecas lebih ringan.

Dari segi prestasi GPU, seni bina Xe2 MSI Claw 8 AI Plus dijangka memberikan prestasi 50% lebih baik berbanding Meteor Lake dan penggunaan tenaga juga efisien.

Bagaimanapun, MSI tidak berkongsikan maklumat lanjut berkaitannya termasuk tarikh pelancarannya.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY