Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI EV

MSI Akan Perlihat Pengecas EV 180kW Di COMPUTEX 2024

Diterbitkan Mei 30, 2024 oleh Muhd Idham

Bersempena dengan acara pameran COMPUTEX 2024 yang akan berlangsung bermula 4 Jun hingga 7 Jun 2024, pasukan AIoT MSI akan memperkenalkan konsep Smart City dengan penggunaan kelengkapan berasaskan AIoT (Artificial Intelligence of Things) di kios mereka, #M0806.

Salah satu yang akan menjadi tarikan adalah platform kad grafik 4U 4-GPU G4101 yang dibina khas untuk latihan kecerdasan buatan dengan gandingan penguasaan daripada cip pemprosesan siri AMD EPYC 9004 dan kaedah penyejukan jenis cecair.

Selain itu, ia dilengkapi dengan 12 slot DDR5 RDIMM dan empat slot PCIe 5.0 x16 untuk padanan kad grafik dengan slot ganda tiga (triple-slot).

MSI Akan Perlihat Pengecas EV 180kW Di COMPUTEX 2024
Kad grafik 4U 4-GPU G4101

Selain platform kad grafik, pelayan tambah memori iaitu S2301 CXL juga akan turut dipamerkan dengan sokongan ciri seperti dwi-soket pemprosesan siri AMD EPYC Gen 4, 24 slot DDR5 DIMM dan dua slot PCIe 5.0 x16 untuk kapasiti storan 8TB.

MSI Akan Perlihat Pengecas EV 180kW Di COMPUTEX 2024
S2301 CXL

Selain produk barangan komputer, MSI juga turut pamerkan inovasi robot pintar.

Terdapat dua jenis model, pertama sekali adalah lengan robot pintar, AMR-AI-Cobot Pro yang dikuasakan oleh NVIDIA Jetson AGX Orin serta mempunyai ciri navigasi 3D, SLAM. 

Kedua, robot penghantar dengan kelengkapan paparan skrin dan pengecaman suara, AMR-AI-Delivery Robot Pro. Robot pintar ini pula dikuasakan oleh NVIDIA Jetson AGX Orin serta dilengkapi ciri navigasi 3D SLAM dan pengesan objek pantas membuatkannya sesuai digunakan di kilang dan pusat beli belah. 

MSI_CPS-AMR_Deliver AMR-06
AMR-AI-Delivery Robot Pro
MSI_CPS-AMR_AMR-AI-Cobot Pro_0521
AMR-AI-Cobot Pro

Selain daripada bidang pengkomputeran dan servis, MSI turut menghadirkan inovasi amaran pencegah bencana, ‘Smart 360° AI Patrolling Solution‘ yang dikuasakan oleh algoritma kecerdasan buatan dengan rekaan yang fleksibel serta bateri litium besi fosfat gred EV.

MSI_IPC&ACS_Smart 360° AI Patrolling Solution
Smart 360° AI Patrolling Solution

Dengan cara memperoleh tenaga kuasa daripada cahaya matahari, ia disarankan untuk penggunaan di kawasan tiada bekalan elektrik seperti lot parkir, jalanan dan tidak mustahil, tepi pantai.

Tidak terkecuali, stesen cas untuk kenderaan elektrik (EV) juga turut dipertontonkan dengan kadar pengecasan yang mencapai 180 kilowatt daripada MSI Hyper 180 Dual DC Charger.

MSI Akan Perlihat Pengecas EV 180kW Di COMPUTEX 2024
MSI Hyper 180 Dual DC Charger

Sehubungan dengan itu, MSI juga telah menerima anugerah Pilihan Terbaik untuk lima produk mereka dan satu daripadanya memegang anugerah emas iaitu MSI Prestige 16 AI Evo Slim.

Beli produk MSI di:

Shopee – https://invl.io/clks39w

Lazada – https://invol.co/clks3a6

{suggest}

Sumber: Siaran Media MSI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY