Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-30T102909.905

Lima Produk MSI Menang Anugerah Pilihan Terbaik COMPUTEX 2024

Diterbitkan Mei 30, 2024 oleh Muhd Idham

Bersempena dengan acara pameran teknologi tahunan, COMPUTEX Taipei 2024 yang akan berlangsung selama empat hari berturut-turut iaitu pada 4 Jun hingga 7 Jun 2024, MSI mengambil peluang untuk mengemukakan kejayaan lima produk mereka yang menerima anugerah Pilihan Terbaik.

MSI Prestige 16 AI Evo Slim

Screenshot 2024-05-30 092707

Antara lima produk yang diperkatakan, terdapat satu daripadanya yang memenangi anugerah emas dalam Pilihan Terbaik iaitu komputer riba MSI Prestige 16 AI Evo Slim.

Hal ini kerana ia dikelaskan sebagai peranti yang lengkap dengan kemudahan penggunaan, sistem keselamatan serta ketersambungan yang baik.

Antaranya, ukuran berat hanya 1.5kg walaupun baterinya berkapasiti 99.9Whr dengan jangka hayat selama 19 jam penggunaan. Dari sudut keselamatan pula, model ini dilengkapi dengan cip TPM, ciri anti pengintip skrin, Tobii Aware dan pengesan jari serta pengimbas muka.

MSI Claw A1M

Screenshot 2024-05-30 092650

Beralih kepada MSI Claw A1M yang memecahkan rekod dunia sebagai peranti konsol mudah alih pertama yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core Ultra dengan penerapan ciri Intel XeSS untuk pengalaman permainan AAA yang lebih lancar.

MSI GeForce RTXTM 4090 24G SUPRIM FUZION

Screenshot 2024-05-30 092636

Produk ketiga pula adalah kad grafik MSI GeForce RTXTM 4090 24G SUPRIM FUZION yang mana ia menawarkan kaedah pengawalan haba yang lancar serta kaedah pemasangan yang mudah.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan GPU NVIDIA siri GeForce RTX 4090 dan ciri rekaan MSI yang sesuai untuk kegunaan kaedah penyejukan jenis cecair (liquid-cooling).

MSI Modern AM273Q AI Series All-in-One PC

Screenshot 2024-05-30 092607

Ini pula adalah produk PC All-in-One, MSI Modern AM273Q AI yang menawarkan reka bentuk panel bersaiz 27 inci IPS WQHD serta sokongan NPU Intel AI. menggunakan bahan plastik kitar semula.

Antara yang menarik daripada produk ini, ia dibina menggunakan bahan plastik kitar semula dengan kelengkapan lain seperti MSI Instant Display, EyesErgo, slot Thunderbolt 4 serta aplikasi Power Meter yang mampu menjimatkan penggunaan tenaga hanya dengan menekan satu butang.

MSI Cubi NUC Series (1MG dan 13MQG)

Screenshot 2024-05-30 092625

Anugerah terakhir ini pula diwakili oleh dua produk daripada siri MSI Cubi NUC, 1MG dan 13MQG.

Bukan sahaja dikategorikan sebagai pilihan terbaik, ia juga menerima anugerah Red Dot 2024 kerana reka bentuknya yang kompak dan mampu memberikan prestasi yang baik untuk penggunaan empat paparan dengan sambungan Thunderbolt 4 dan MSI Power Link.

Dengan anugerah yang diterima ini, MSI secara tidak langsung menjadi tumpuan semua pihak kerana berjaya mengatasi lebih 500 pesaing dalam industri pengkomputeran dan teknologi maklumat.

Beli produk MSI di:

Shopee – https://invl.io/clks39w

Lazada – https://invol.co/clks3a6

{suggest}

Sumber: Siaran Media MSI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY