Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mr diy

MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90

Diterbitkan Oktober 13, 2026 oleh Amsyar Latif

MR D.I.Y. memperluas rangkaian perkakas rumahnya dengan memperkenalkan 13 produk baharu serta menurunkan harga beberapa barangan terpilih bagi menawarkan lebih banyak pilihan mampu milik kepada pengguna di Malaysia.

Menurut MR D.I.Y., langkah tersebut dibuat susulan jualan lebih 900,000 unit perkakas rumah yang direkodkan dalam tempoh dua tahun lalu.

Antara produk yang ditawarkan termasuk cerek elektrik, periuk nasi, periuk masak perlahan, seterika wap, pengering rambut dan pembersih vakum.

Dari segi harga, cerek elektrik dan pengering rambut ditawarkan bermula RM27.90, manakala seterika wap pula bermula RM39.

Sementara itu, periuk nasi boleh didapati pada harga serendah RM53, diikuti pembersih vakum bermula RM79.

Selain memperkenalkan produk baharu, MR D.I.Y. turut menurunkan harga perkakas terpilih termasuk cerek elektrik, periuk nasi dan pengering rambut.

Dari aspek keselamatan dan ketahanan, semua perkakas dalam rangkaian ini dilengkapi pensijilan SIRIM serta jaminan selama satu tahun.

Bagi cerek elektrik, ia dilengkapi fungsi penutupan automatik, perlindungan apabila dihidupkan tanpa air serta perlindungan daripada pemanasan berlebihan.

Periuk nasi pula menggunakan bekas dalaman aluminium tanpa salutan yang tahan calar, selain dilengkapi perlindungan beban haba berlebihan.

Seterika wap turut hadir dengan kawalan suhu boleh laras, fungsi pembersihan kendiri dan perlindungan daripada pemanasan berlebihan.

Menurut Naib Presiden Kanan Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh, peluasan rangkaian ini bertujuan membantu pelanggan mendapatkan perkakas yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet masing-masing.

Beliau berkata, pengguna mahukan perkakas harian yang boleh dipercayai, mempunyai ciri penting serta ditawarkan pada harga berpatutan.

Rangkaian perkakas rumah tersebut boleh didapati menerusi kedai MR D.I.Y. di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web rasmi MR D.I.Y. Malaysia di mrdiy.com.my.

Berkaitan

  • MR D.I.Y. Jalin Kerjasama Ceburi Bidang Robotik Dalam Sektor Runcit
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY