Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai ‘CRAM’ Untuk Linux

Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC

Diterbitkan Oktober 13, 2026 · Dikemas kini Oktober 19, 2026 oleh ariff bukhari

Pasaran komputer peribadi (PC) global merudum pada suku ketiga 2026 apabila jumlah penghantaran merosot 21.2% tahun ke tahun kepada 58.1 juta unit, menurut firma penyelidikan Omdia.

Penurunan ini merupakan yang paling besar sejak awal tahun 2023 dan mencerminkan kelembapan permintaan selepas gelombang pembelian awal yang berlaku pada separuh pertama tahun ini.

 

“Setelah aktiviti pembelian awal yang berterusan menyokong pasaran PC pada separuh pertama tahun ini, penurunan mendadak dalam jumlah penghantaran ini tidak mengejutkan,” Ishan Dutt, Pengarah Penyelidikan di Omdia.

Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
Segmen desktop merekodkan kejatuhan 23.5% kepada 11.7 juta unit, manakala penghantaran komputer riba turun 20.6% kepada 46.4 juta unit.

Faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan ini termasuk kenaikan harga komponen, masalah rantaian bekalan serta permintaan pengguna dan perusahaan yang semakin lemah.

Kos memori DRAM dan storan SSD dilaporkan meningkat dengan mendadak sehingga menjadikan komponen tersebut menyumbang hampir 40% daripada kos keseluruhan bagi sebuah PC, berbanding sekitar 15% sahaja sebelum ini.

Situasi itu sekali gus memaksa pengeluar menaikkan harga jualan produk mereka, menjadikan PC yang dahulunya mampu dimiliki kini semakin sukar kepada sebahagian pengguna.

Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC

Dari segi pengeluar, Lenovo kekal menerajui pasaran dengan pegangan 25.7%, diikuti HP dan Dell. Walaupun turut mencatatkan penurunan, Apple dan Asus menunjukkan prestasi yang lebih stabil berbanding pesaing lain.

Malah, Apple meraih lebih daripada satu mata peratusan bahagian pasaran memandangkan kedudukan premiumnya.

Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC

Omdia menjangkakan pasaran PC akan terus berdepan cabaran dengan penurunan seterusnya pada suku keempat 2026 dan tekanan berterusan sepanjang tahun 2027.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Samsung Dilapor Naikkan Harga DRAM Lagi Lebih 20% Pada Q3 2026
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY