Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mozilla Persiapkan Fenix, Pelayar Web Android Yang Bakal Menggantikan Firefox

Mozilla Persiapkan Fenix, Pelayar Web Android Yang Bakal Menggantikan Firefox

Diterbitkan April 30, 2019 · Dikemas kini Mei 1, 2019 oleh Helmi Samsuri

Mozilla kini dilaporkan sedang dalam usaha untuk mempersiapkan pelayar web baru bagi platform Android.

Bakal dikenali sebagai Fenix, ia difahamkan akan menggantikan pelayar web sedia ada, Firefox. Fenix yang sudah berada dalam fasa pembikinan sejak beberapa bulan lepas, dibangunkan dengan antaramuka baru yang lebih mesra pengguna serta menyasarkan kepada golongan muda.

Mozilla turut menyatakan sokongan akan diberikan kepada pengguna Firefox sehingga Fenix benar-benar sedia dilancarkan.

Ketika ini penamatan Firefox untuk Android masih belum dapat dipastikan lagi, tetapi berdasarkan dokumen oleh Mozilla menunjukkan tahun 2020 merupakan tahun terakhir bagi pelayar yang dikenali sebagi “Fennec”, dikatakan kod nama bagi Firefox.

Sumber: Android Headlines

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY