Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mozilla Perkenal Firefox Send, Anda Boleh Hantar Fail Sehingga 2.5GB Dengan Mudah

Mozilla Perkenal Firefox Send, Anda Boleh Hantar Fail Sehingga 2.5GB Dengan Mudah

Diterbitkan Mac 14, 2019 · Dikemas kini Mac 14, 2019 oleh Helmi Samsuri

Mozilla kelmarin telah melancarkan perkhidmatan menghantar fail yang dikenali sebagai Firefox Send.

Screenshot 2019-03-14 at 11.07.14 AM

Sudah menjalani ujian sejak Ogos 2017 lagi, ia ditawarkan secara percuma dan boleh digunakan dari mana-mana pelayar internet.

Menariknya tentang servis ini, setiap fail yang dimuat naik akan disulitkan (encrypted) dan menawarkan pilihan tamat tempoh, seperti…

  • fail  dipadam secara automatik selepas muat turun ( 1 hingga 100 kali muat turun) atau
  • mengikut tempoh masa yang ditetapkan (5 minit hingga 7 hari).

Screenshot 2019-03-14 at 10.47.04 AM

Jika tiada tetapan tidak diubah, fail akan dipadam terus dalam masa 24 jam.

Pengguna juga boleh melindunginya menggunakan kata laluan. Setelah memuat naik, pautan untuk muat turun akan diberikan dan boleh terus dikongsikan kepada sesiapa sahaja.

Screenshot 2019-03-14 at 10.48.23 AM

Kapasiti fail yang dihantar terhad kepada 1GB tetapi jika mendaftar akaun Firefox Send, pengguna boleh hantar sehingga 2.5GB.

Firefox Send juga bakal hadir sebagai aplikasi pada peranti Android dimana, versi Beta sedang dipersiapkan.

Mahu cuba perkhidmatan ini? Boleh lawati Firefox Send

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY