Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mosti mysti

MOSTI Lancar MySTI Dan MCY Summit 2023 Untuk Galak Inovasi Tempatan

Diterbitkan Jun 27, 2023 · Dikemas kini Jun 27, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang melancarkan dua inisiatif iaitu MySTI dan MCY Summit 2023.

Tujuannya adalah untuk mempertingkat taraf serta menjana permintaan untuk inovasi ‘ciptaan Malaysia’, terutamanya untuk sektor perolehan Kerajaan.

mysti mosti

MySTI ialah singkatan pada Inisiatif Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan manakala MCY pula ialah Malaysian Commercialisation Year atau Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia.

MCY 2023 MOSTI

Menerusi MuySTI, barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan dan sedia untuk dikomersialkan boleh dikenal pasti melalui penandaan logo MySTI yang dihimpunkan dalam satu inventori.

Barangan dan perkhidmatan dengan logo MySTI akan diberikan akses dan keutamaan dalam Perolehan Kerajaan.

Direktori dalam talian ini akan menggalakkan interaksi antara bakal pembeli dan penjual yang berada di platform tersebut.

Setiap produk yang tersenarai telah didaftarkan sebagai “ciptaan Malaysia” dan mempunyai sijil dengan nombor bersiri yang tersendiri, serta berhak untuk menggunakan logo MySTI untuk pemasaran.

mysti mosti

MySTI menyasarkan 300 produk diberi pensijilan dan penandaan MySTI dalam jangka masa 2 tahun dan sekurang-kurangnya 50 barangan dan perkhidmatan memasuki perolehan Kerajaan.

Selain itu, Program MySTI akan memberikan ruang dan peluang kepada anak tempatan untuk menonjolkan keupayaan mereka dalam penghasilan daya cipta dan hak harta intelek menerusi produk-produk R&D yang mampu bersaing dengan produk-produk lain di pasaran.

Berkaitan

  • Lynas Tidak Boleh Lagi Hasilkan Sisa Radioaktif Di Malaysia - MOSTI
  • Jom Sertai Rancangan Realiti TV Terbaru MOSTI, 'INNOVATHON' Dan Menang Hadiah RM1 Juta
  • Sebab Kenapa Pentingnya Beli Peranti Yang Ada Signal Yang Kuat
  • Menteri MOSTI Lancar Troli Beli-Belah Pintar Dan Berteknologi Tinggi
  • eBeliaRahmah: Perbandingan Ganjaran TNG eWallet, Boost Dan Setel

Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit) 2023 yang akan diadakan pada 3 dan 4 Ogos 2023 di Connexion Bangsar South.

Butiran lanjut boleh didapati di SINI.

Sumber: Sidang Akhbar MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY