Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menteri MOSTI

Lynas Tidak Boleh Lagi Hasilkan Sisa Radioaktif Di Malaysia – MOSTI

Diterbitkan Februari 15, 2023 · Dikemas kini Februari 16, 2023 oleh ariff bukhari

Permohonan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) kepada Jabatan Tenaga Atom untuk menggugurkan 4 syarat lesen berkaitan pengurusan residu Water Leach Purification (WLP) dan aktiviti cracking and leaching (C&L) di Lynas Advanced Material Plant (LAMP) telah ditolak.

Menerusi kenyataan media rasmi MOSTI hari ini memaklumkan, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Lembaga) telah menolak permohonan Lynas untuk menggugurkan 4 syarat lesen berkaitan pengurusan residu WLP selepas Julai 2023.

Namun begitu, Lynas perlu mematuhi syarat yang dikenakan ke atas mereka sejak Mac 2020 lagi yang menetapkan aktiviti C&L yang menghasilkan sisa radioaktif tidak lagi dijalankan di LAMP Gebeng, Pahang selepas Julai 2023.

Sebaliknya ia mestilah dibuat di Australia. Dengan kata lain, Lynas tidak lagi boleh menghasilkan sisa radioaktif tambahan di Malaysia selepas bulan Julai 2023.

Walau bagaimanapun, Lembaga meluluskan pembaharuan lesen Lynas untuk tempoh 3 tahun lagi bermula 3 Mac 2023 dan akan tamat pada 2 Mac 2026 untuk aktiviti-aktiviti yang tidak melibatkan penghasilan sisa radioaktif.

MOSTI memaklumkan, sejak Lynas beroperasi di Malaysia pada tahun 2012 dahulu, Lynas dianggarkan telah menghasilkan sebanyak 1.08 juta metrik tan sisa radioaktif (residu WLP).

Jumlah sisa itu dijangka akan mencecah 1.2 juta metrik tan sehingga Julai 2023 nanti.

Berkaitan

  • NASA Sedia 'Buru' Asteroid Bernilai 70 Ribu Kali Ganda Kekayaan Ekonomi Dunia
  • Penyelidik Dakwa Ini Punca Sebenar Kuasa Bateri Telefon Pintar Habis Perlahan-Lahan
  • Aplikasi CIMBClicks Dan MAE Ada Masalah Teknikal Untuk Kongsi Resit Pembayaran Melalui WhatsApp

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY