Sebab Kenapa Pentingnya Beli Peranti Yang Ada Signal Yang Kuat

Hidup pada abad ke-21 ini, telefon pintar adalah satu-satunya peranti yang wajib ada bagi setiap individu.

Telefon pintar begitu penting dalam tugasan harian hinggakan memilikinya adalah lebih kepada satu keperluan berbanding kemahuan bagi diri seseorang.

ulasan honor magic vs

Selain cip yang berkuasa, bateri yang besar, skrin yang cantik dan UI yang stabil, sesebuah telefon itu juga perlu mempunyai signal komunikasi yang baik.

Hal ini demikian kerana kesemua ciri menarik yang saya katakan itu tidak berguna jika kualiti antena sesebuah peranti itu agak rendah.

Walau bagaimanapun, masalah kekuatan signal lemah yang anda hadapi itu berkemungkinan besar datangnya daripada liputan perkhidmatan telco yang anda gunakan.

Peranti Dengan Signal Yang Kuat Adalah Satu Keperluan


Untuk pengetahuan anda, pembangun telefon pintar cenderung untuk mengorbankan antena berkualiti bagi memberi ruang kepada rekaan dan spesifikasi.

Kesannya, ramai pengguna terjejas apabila membeli peranti tersebut terutamanya mereka di kawasan luar bandar.

Sudahlah peranti mereka tidak mempunyai antena yang baik, ditambahkan pula dengan liputan kawasan luar bandar yang lemah.

Tambahan lagi, peranti seperti ini sudah tentu akan mengganggu penggunaan peribadi mahu pun profesional anda sebagai pengguna.

Selain itu, peranti dengan kualiti antena yang rendah secara tidak langsung menghasilkan radiasi yang tinggi.

Terdapat satu kajian dari Aalborg University membuktikan satu hubungan yang jelas di antara radiasi peranti mudah alih dengan kualiti antena yang digunakan.

Oleh itu, anda boleh jangkakan semakin tinggi radiasi sesebuah peranti itu, sudah tentu kualiti antena yang digunakan juga adalah sangat rendah.

Tetapi tahukah anda bahawa peranti dengan antena yang tidak berkualiti bukan sahaja mempunyai signal yang lemah, tetapi juga cepat menghabiskan bateri anda.

Dalam bahasa mudah, antena yang lemah bermaksud peranti anda perlu menggunakan lebih banyak kuasa untuk kekal berhubung. 

Seterusnya, menggunakan banyak kuasa bermaksud paras bateri peranti anda mudah atau cepat turun. Dan secara tidak langsung, peranti anda sukar untuk mencapai signal yang baik mahupun ketersambungan berkelajuan tinggi.

Jadi, anda perlu memilih peranti yang mempunyai bukan setakat antena yang berkualiti, malahan ia seimbang dari segi spesifikasi, kamera, skrin, rekaan dan semua aspek, tidak lupa juga mempunyai radiasi yang tidak bahaya.

Namun, yang menjadi persoalannya sekarang adalah - ada ke peranti yang memenuhi kriteria-kriteria di atas? 

Ada, sudah tentulah ada.

Siri HONOR Magic5 - Siri Peranti Dengan Kekuatan Signal Terbaik Dalam Industri


Kapsyen: HONOR Magic5 Pro / HONOR Magic5


Bila kita lihat tujuan sebenar sesebuah peranti, tiada sebab yang lebih utama melainkan untuk berkomunikasi. Siri Magic5 tidak mengecewakan dengan kemampuan teknologi dan kekuatan signal mereka.

Model paling berkuasa, HONOR Magic5 Pro dilengkapi cip peningkatan RF C1 dan satu-satunya model dalam pasaran yang memilikinya.



Cip ini begitu berkemampuan tinggi dalam mengekalkan sambungan signalnya dalam situasi-situasi tidak dijangka - tingkat bawah tanah, parking bawah tanah, LRT/MRT dan sebagainya.



**Gambar di atas adalah perbandingan speed test (mobile data) antara HONOR Magic5 Pro (Cip RF C1 dan antena Wi-Fi dan bluetooth kendiri) dan peranti X (antena tradisional yang standard)

Oleh itu, ini membuatkan Magic5 Pro sebagai sebuah peranti pintar 5G dengan sambungan signal paling berkuasa dalam pasaran.

Menariknya lagi, kedua-dua model - Magic5 dan Magic5 Pro dipadankan seni bina antena Wi-Fi dan bluetooth kendiri yang pertama dalam industri.

Apa kelebihan antena begitu?

Untuk pengetahuan anda, teknologi ini dapat meningkatkan prestasi Wi-Fi hingga 200%, dan tidak lupa juga mengurangkan latency hingga 30% berbanding peranti dengan rekaan antena standard.

Hal ini demikian kerana, peranti standard menggunakan antena yang sama ketika menggunakan Wi-Fi dan bluetooth. Oleh itu, penggunaan anda semestinya terjejas apabila menggunakan Wi-Fi dan bluetooth dengan serentak.



**Gambar di atas adalah perbandingan speed test (Wi-Fi) antara HONOR Magic5 Pro (Cip RF C1 dan antena Wi-Fi dan bluetooth kendiri) dan peranti X (antena tradisional yang standard)

Penggunaan serentak akan menjejaskan signal bluetooth dengan menyebabkan latency, dan memperlahankan kelajuan Wi-Fi yang membawa kepada audio dan video tidak selari.

Selain kekuatan antena dan kemampuan signal yang tinggi, siri HONOR Magic5 adalah barisan peranti paling seimbang daripada semua aspek dalam pasaran ketika ini.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua model siri Magic5 dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 (4nm), memori RAM LPDDR5X dan juga storan pantas UFS 4.0.

Tambahan lagi, model Pro dilengkapi tetapan 3 kamera utama dengan sensor 50MP setiap satunya. Ciri Motion Sensing Capture dan Milisecond Falcon Capture yang diperkenalkan sudah tentu mudahkan penggunaan anda.

Dan menariknya, ia dilengkapi skrin OLED dengan gandingan 3 teknologi moden:

  • 2160HZ PWM Dimming

  • ciri Circadian Night Display (menjaga mata ketika lama memandang skrin)

  • Penarafan TÜV Rheinland Circadian Friendly 


Tidak lupa juga, kedua-dua model dilengkapi bateri 5,100mAh - kapasiti yang terbesar dalam pasaran untuk kelas flagship pada tahun ini. 

Anda boleh dapatkan flagship Magic5 Pro (12GB + 512GB) pada harga RM4,299 tetapi sekiranya anda mempunyai kekangan bajet, anda boleh mempertimbangkan HONOR Magic5.

Hal ini disebabkan pada harga RM3,499 (12GB + 256GB), ia dilengkapi spesifikasi yang sama (Snapdragon 8 Gen 2), kapasiti 5,100mAh, gandingan 3 teknologi pada skrinnya, menyokong ciri Milisecond Falcon Capture dan sangat sesuai untuk:

  • graduan baharu

  • pelajar

  • tenaga kerja korporat dan kerajaan

  • golongan dibidang pendidikan dan banyak lagi


Anda boleh boleh membeli siri Magic5 pelan ansuran mudah bermula hanya RM4.80 sehari, sifar faedah dan yuran pemprosesan hingga 24 bulan.



Setiap pembelian siri HONOR Magic5 melayakkan anda untuk menyertai peraduan dan berpeluang untuk memenangi 7,000 Enrich point.

Point itu boleh ditebus kepada tiket penerbangan domestik atau negara ASEAN atau akses ke dalam Golden Lounge KLIA 1. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui pautan ini.

**Artikel ini dibawakan HONOR Malaysia