Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mohon Kerja Di MacDonald’s Melalui Snaplication- Aplikasi Snapchat

Mohon Kerja Di MacDonald’s Melalui Snaplication- Aplikasi Snapchat

Diterbitkan Jun 14, 2017 · Dikemas kini Jun 14, 2017 oleh Haikel Areff

Siapa kata Snapchat aplikasi yang tidak membawa faedah?

Baru-baru ini syarikat MacDonald’s Australia telah membuka ruang untuk permohonan kerja melalui aplikasi sosial ini. Melalui aplikasi Snapchat, MacDonald’s telah mengiklankan dengan menggunakan filter yang membenarkan pengguna menghantar permohonan dengan video 10 saat.

Mohon Kerja Di MacDonald’s Melalui Snaplication- Aplikasi Snapchat

Ciri ini dinamakan Snaplication. Ini juga merupakan kali pertama Snapchat berkecimpung dalam industri pengambilan pekerjaan dan kali pertama juga bagi MacDonald’s mengiklankan jawatan kosong melalui platform sosial media.

Mohon Kerja Di MacDonald’s Melalui Snaplication- Aplikasi Snapchat

Tetapi Snaplication ini hanya medium temuduga lapisan pertama. Selepas melepasi pemilihan berdasarkan video 10 saat, pemohon akan dibawa ke laman pekerjaan online untuk mengisi borang dan meneruskan proses temuduga seperti kebiasaannya.

Melalui ciri Snaplication ini, pihak MacDonald’s mendakwa ianya memudahkan mereka untuk menapis dan memilih calon temuduga yang lebih berketerampilan dan sesuai dengan ciri pemilihan mereka.

Menurut pihak MacDonald’s lagi, aplikasi ini juga akan digunakan di US dalam proses pengambilan pekerja. Syarikat francais ini juga akan mengambil kira-kira 250,000 pekerja untuk kira-kira 14,000 restoran di U.S.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY