Model Nokia 9 Dengan 8 GB Muncul Di Geekbench Dengan Markah Yang Begitu Rendah

Nokia 9 dengan kod nama 'Unknown Heart' telah muncul di Geekbench dengan Snapdragon 835 dan 8 GB RAM.

Telefon pintar Nokia yang ditunggu-tunggu tahun ini telah dilihat di laman web Geekbench yang dilengkapi RAM 8 GB yang sebelum ini pernah muncul dengan 4 GB RAM.

Oleh kerana itu, mungkin Nokia bercadang untuk mengeluarkan dua varian untuk model yang sama dengan ruang RAM yang berbeza.



Walaubagaimana pun, dengan spesifikasi 8 GB RAM, Nokia 9 telah mendapat markah yang agak rendah jika dibandingkan dengan telefon pintar lain yang menggunakan cip SD 835.

Malah varian 8 GB RAM juga tewas dengan varian 4 GB RAM yang mendapat markah sebanyak 1815 mata untuk singel-core dan 6278 mata untuk multi-core.

Akibatnya, keputusan ini menimbulkan persoalan yang serius untuk varian Nokia 9 dengan 8 GB yang mungkin belum dioptimasikan lagi untuk pengeluaran.

Sumber