HMS Pun Boleh Muat Turun Aplikasi Google? Semuanya Terjawab Dengan HUAWEI nova 9!

Dalam dunia ini, terdapat golongan yang suka bercerita tetapi lebih selesa meluahkannya dalam bentuk penulisan. Jadi, mereka pun mencipta satu blog yang boleh dikongsikan kepada semua.

Manakala golongan yang lagi satu pula mempunyai identiti lebih kurang. Namun, mereka ini lebih suka bercakap. Katanya lebih puas untuk menceritakan sesuatu dalam satu bentuk video. Perkara ini dipanggil sebagai blog video/log video atau mungkin anda pernah dengarnya dengan nama Vlog.

Bagaimanapun, kekangan yang dihadapi dalam mencipta sebuah Vlog semestinya peranti untuk tujuan merakam. Maklumlah, individu yang baru mahu berjinak-jinak dalam dunia ini tidak mempunyai bajet yang tinggi. 

Malah, sekiranya mahu melabur sebuah kamera khusus untuk perkara tersebut juga agak tidak berbaloi. Oleh yang demikian, memiliki sebuah peranti yang mudah untuk dibawa dan hadir dengan kualiti baik pasti lebih indah.

Jadi, itulah sebab mengapa sebuah telefon pintar adalah jawapan yang terbaik. Kalau anda masih lagi tercari-cari, HUAWEI nova 9 merupakan peneman setia Vlog anda selepas ini.

Mengapa?


HUAWEI sememangnya terkenal dengan kualiti kamera mereka sejak dari dahulu lagi. Bahkan, telefon pintar mereka turut sesuai digunakan tidak kira apa jua situasi seperti hiburan, gaming atau produktiviti.



nova 9 adalah sebuah telefon pintar terbaru daripada HUAWEI. Peranti ini juga masih lagi ‘segar’ buat pasaran tempatan. Tambahan lagi, siri nova pun tidak asing lagi dalam kalangan peminat.

Menerusi nova 9, ia menawarkan teknologi kamera yang mampu memuaskan pengguna kerana fotografinya realistik. “Star Orbit Ring” adalah nama yang diberikan kepada bentuk sistem kamera yang terdapat di belakang peranti HUAWEI nova 9. Terdapat 4 tetapan lensa padanya yang mewakili 50MP kamera visi ultra utama, 8MP sudut ultra-lebar, 2MP bantuan bokeh dan 2MP makro. 

Cukup ke 50MP? 




Kesilapan pengguna masa sekarang lebih melihat kepada resolusi kamera yang sangat tinggi dan menjangkau hingga 108MP. Tidak perlu khuatir, melalui nova 9, HUAWEI memperkenalkan teknologi Sistem Kamera Visi Ultra (Ultra Vision Camera System) beresolusi 50MP pada lensa utama. Fungsinya mampu memberikan prestasi kamera dan kualiti gambar seperti yang anda inginkan.

Sebenarnya, buat pertama kali kamera siri HUAWEI nova menampilkan teknologi kamera yang biasa digunakan di dalam peranti andalan mereka. Oleh itu, Sistem Kamera Visi Ultra 50MP yang berkuasa ini dapat menangkap imej berkualiti tinggi. Bahkan, ia turut disokong oleh Enjin XD Fusion.

Bukan itu sahaja, kamera sebegitu juga dapat memberikan anda pengalaman fotografi yang luar biasa terutama penggambaran di waktu malam, panorama, potret atau fotografi jarak dekat. Malah, lensa utamanya turut dilengkapi sensor RYYB yang mana ia sering dimuatkan dalam telefon pintar berkelas andalan.

Berbalik kepada soalan cukup ke resolusi yang ada di nova 9?

HUAWEI sebagai peneraju global sentiasa maju untuk menjadi inovatif dalam pengeluaran kamera. Mudah kata, ini bidang kepakaran mereka. Sensor yang besar adalah lebih baik berbanding megapiksel tinggi.

Hal ini demikian kerana lebih besar sensor, lebih banyak cahaya boleh diserap dan dipantulkan pada setiap piksel. Maknanya, lebih banyak maklumat boleh dikumpul dalam menghasilkan foto berkualiti tinggi.

Dengan ini, anda tidak lagi perlu pening kepala ketika sedang mencipta sebuah kandungan gambar atau Vlog untuk dikongsikan kepada rakan-rakan atau pengikut setia anda di laman media sosial.

Skrin Cantik, Rupa Menawan




Kalau kamera pun sudah cantik, rupa luaran nova 9 pun apa kurangnya. Dengan berat 175g dan ketebalan 7.77mm, sememangnya tiada masalah untuk telefon tersebut muat ke dalam poket seluar tanpa ada rasa beban serta sedap dipegang di tangan.



Ditambah lagi warna Starry Blue di belakang dan dilengkapi skrin yang cantik. nova 9 mempunyai paparan melengkung seluas 6.57 inci OLED serta menyokong kadar segar semula 120Hz. Malah, kadar penyegaran itu turut dioptimumkan ketika beralih dari 60Hz dan 120Hz bagi memberikan jangka hayat bateri lebih baik.

Oleh itu, skrin sebegitu dapat menjanjikan pengalaman gaming dengan lancar kerana adanya kadar segar semula tinggi.

Bercakap tentang gaming, anda tidak perlu takut akan haba yang dikeluarkan ketika bermain. Ini kerana HUAWEI nova 9 didatangkan dengan teknologi sistem penyejukan Graphene dan VC Liquid. Fungsinya dapat menyejukkan peranti sebaik sahaja ia mengesan peningkatan suhu sewaktu gaming.



Namun, apabila bermain game dalam jangka masa yang lama, pasti bateri akan habis. Dengan nova 9, ia mampu mengecas penuh dalam masa 38 minit sahaja kerana adanya pengecasan pantas 66W HUAWEI Supercharge.

‘No Google, No Party’?




Sejak HUAWEI kehilangan sokongan GMS, ramai yang masih ragu-ragu untuk memakai peranti daripada mereka. Manakan tidak, kita sudah terbiasa dengan perkhidmatan Google atau Play Store yang jadi nadi utama dalam sesebuah Android.

Usah risau kerana HUAWEI Mobile Service (HMS) masih banyak menawarkan aplikasi-aplikasi yang anda inginkan.

Di dalam nova 9, terdapat gedung aplikasi HUAWEI AppGallery. Gedung ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2018 mempunyai lebih 4.5 juta pembangun berdaftar dalam memastikan setiap aplikasi mereka sentiasa menerima kemas kini. Malah, AppGallery juga merupakan salah satu gedung aplikasi popular secara global.

Aplikasi media sosial Facebook, Twitter, TikTok, Instagram? Aplikasi kewangan, beli-belah, hiburan? Semuanya ada ditawarkan dalam AppGallery.

Tapi, bagaimana pula Gmail? Google Meet dan Lain-Lain?




Anda sebenarnya boleh mengakses akaun Gmail dengan aplikasi e-mel dalam peranti nova 9 dengan hanya log masuk. Bagi Google Meet atau Google Classroom, anda boleh lakukan carian dari HUAWEI AppGallery dan sama juga, klik log masuk akaun Google anda.

Selain itu, bagi memudahkan lagi, muat turun GSpace dari AppGallery. Di sini, beberapa aplikasi popular Google sedia dimuat turun. Untuk sandaran (backup) pula, HUAWEI Cloud dengan storan awan 5GB percuma juga diberikan. Foto, nombor telefon, kalendar, memo, mesej serta WhatsApp boleh disandarkan secara automatik.

Tambahan lagi, HUAWEI juga mempunyai Petal Search dimana ia adalah pelantar untuk memuat turun berjuta-juta aplikasi dari laman web rasmi atau pelantar pihak ketiga.

Penawaran HUAWEI nova 9 ini sememangnya menarik terutama bagi anda yang amat menggemari siri nova. Justeru, anda boleh lawati laman INI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar tersebut atau berkunjung ke HUAWEI Experience Store yang berhampiran untuk merasai pengalaman menggunakan nova 9 dan juga bakal menerima hadiah percuma.

**Artikel Ini Dibawakan Oleh Innity