Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Model 3

Model 3 Tiba Di Malaysia, Tempahan Sudah Dibuka Dengan Harga Dari RM189,000

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh ariff bukhari

Tesla hari ini secara rasminya melancarkan kereta elektrik (EV) Model 3 di Malaysia. Pelancaran Model 3 ke dalam pasaran Malaysia menambahkan lagi pilihan penawaran EV dari Tesla selepas Model Y.

WhatsApp Image 2023-10-19 at 11.48.04
WhatsApp Image 2023-10-19 at 11.48.57
WhatsApp Image 2023-10-19 at 12.09.42

 

Model 3 terbaharu untuk pasaran tempatan ini menerima beberapa naik taraf seperti kemasan dalaman, keselesaan dipertingkatkan di mana ia lebih senyap serta dimuatkan dengan ciri baru seperti pencahayaan persekitaran, sistem audio sehingga 17 pembesar bunyi, paparan 8 inci untuk duduk baris belakang, pusat konsol yang direka semula serta pilihan roda baharu.

WhatsApp Image 2023-10-19 at 12.03.22
WhatsApp Image 2023-10-19 at 12.03.23

Model 3 untuk pasaran Malaysia menerima 2 versi iaitu versi pacuan roda belakang (Rear Wheel Drive) dan versi jarak jauh (Long Range).

Harga jualan Model 3 di Malaysia adalah bermula dari RM189,000 bagi Model 3 (RWD) dan RM218,000 bagi Model 3 versi Long Range (AWD).

WhatsApp Image 2023-10-19 at 11.38.46

Jadi, untuk mereka yang berminat untuk menempah Tesla Model 3 baharu ini, bolehlah membuat tempahan anda terus di laman rasmi Tesla Malaysia.

Pelanggan Tesla dijangka akan menerima tempahan mereka itu pada lewat tahun 2023 ini juga.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati
  • WhatsApp Tidak Lagi Sokong Versi Android dan iOS Terdahulu Selepas 24 Oktober 2023

Sumber: Siaran media Tesla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY