Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2K FIFA

2K Dilapor Sedang Bangunkan Permainan Bola Sepak Untuk FIFA

Diterbitkan Mei 27, 2024 · Dikemas kini Mei 27, 2024 oleh Amsyar Latif

Pada tahun 2022 lepas, era EA bersama FIFA sudah berakhir dan mereka secara rasmi menukar nama permainan bola sepak popular dunia daripada “FIFA” kepada “EA FC”. Memandangkan Fédération Internationale de Football Association (FIFA) pernah mengatakan yang mereka masih mahu berada dalam industri permainan video, pembangun permainan bagi pihak mereka masih menjadi tanda tanya.

Namun, semuanya mungkin bakal terjawab kerana laporan terbaru mendakwa yang pembangun permainan popular, 2K sudah mendapat lesen daripada FIFA untuk membangunkan permainan FIFA.

Berkaitan

  • Selamat Tinggal FIFA, 'Game' Bola Sepak Popular Rasmi Tukar Nama
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Ia dikongsikan MohPlay Inc yang mana beliau mendakwa 2K sedang bekerjasama dengan FIFA untuk membangunkan siri permainan terbaru.

Screenshot 2024-05-27 at 10.14.14 AM

Sebelum ini, presiden FIFA juga pernah mengatakan yang permainan mereka akan bersaing dengan EA FC di mana beliau menyatakan “simulasi bola sepak ‘tidak boleh’ menggunakan nama selain FIFA”.

“We are developing new partners and a new game which, obviously as everything we do, will be the best. So get ready for the new FIFA game.”

Walau bagaimanapun, semua perkara ini masih lagi dalam status ura-ura dan kita perlu tunggu 2K atau pihak FIFA sendiri yang mengumumkannya.

Oleh itu, kepada anda peminat permainan bola sepak, adakah anda bersedia untuk pesaing EA FC memandangkan EA mendominasi genre tersebut sejak sekian lama.

Sumber: eurogamer, mohplay_inc

Rujukan: sportskeeda, independent

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY