Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g konsortium (2)

MNO Syor Tubuh Pasukan Projek Untuk Urus 5G Di Malaysia

Diterbitkan Mac 24, 2022 oleh Amsyar Latif

Minggu lalu, kerajaan telah memuktamadkan bahawa pelaksanaan 5G di Malaysia kekal sebagai Rangkaian Borong Tunggal (SWN) menerusi Digital Nasional Berhad (DNB).

Pada masa sama, sebanyak 70% pegangan ekuiti diberikan kepada pengendali rangkaian mudah alih (MNO).

Oleh yang demikian, MNO yang terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile menyambut baik serta berminat dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan perkongsian saham ini.

MNO turut mahu berbincang dan mendapatkan pandangan kerajaan mengenai ekuiti tersebut. Selain itu, mereka juga ingin bekerjasama dengan MOF serta K-KOMM dan berharap kaedah konvensional dimanfaatkan dalam proses penggabungan dan pengambilalihan.

Dalam pada itu, MNO mengesyorkan penubuhan pasukan projek untuk menyelaraskan proses seperti usaha wajar, garis masa transaksi dan hal pentadbiran lain.

Dengan ini, pengendali rangkaian komunikasi mudah alih akan terus memainkan peranan penting dalam pelaksanaan 5G di Malaysia.

Sumber: Siaran Media Industri

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

  • Telefon Ni Kamera ‘Flagship’, Gambar Padu Tapi Harga Masih Mampu

  • Bajet Hanya RM1000, Telefon Kelas Pertengahan Ini Adalah Peranti Yang Anda Cari-Cari

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY