MIUI 11 Akan Tampil Dengan Ikon Baru Dan Ciri-Ciri Menarik Lain

Jika MIUI 10 dibangunkan dengan memberi tumpuan kepada mengoptimumkan penggunaan paparan penuh dan meningkatkan prestasi kamera, versi seterusnya pula dikatakan akan dikemaskini dengan app drawer, tema gelap yang lebih menyeluruh dan beberapa lagi.

Ikon baru dan animasi yang lebih lancar

Mungkin tidak banyak perubahan ikon sedia ada dengan MIUI 6, dimana MIUI 11 dijangka hadir dengan rekaan yang baru disamping meningkatk prestasi elemen visual dan kelancaran animasi pada sistem antaramuka tersebut.

Mod penjimatan ultra kuasa monokrom

Difahamkan pada mod ini kesemua aplikasi dan ciri akan dinyahaktifkan kecuali teks serta panggilan. Berdasarkan nama "Monokrom" itu juga, paparan warna pada skrin akan berubah kepada warna hitam dan putih untuk memberikan lebih penjimatan kuasa bateri.

Bar status yang dioptimumkan

Penambahbaikan juga diberi pada ruangan status, terutama sekali bagi model yang mempunyai takuk. Berkemungkinan, paparan jam akan dialihkan ke sebelah kanan dan turut diberikan pilihan untuk menggelapkan paparan bar status bertujuan menyembunyikan takuk.

Rakaman skrin 

Fungsi rakaman skrin atau screenshot akan disediakan dengan sokongan padam rakaman skrin secara automatik selepas ia dikongsikan, serta ciri suntingan untuk rakaman skrin tersebut.

Tema gelap yang lebih menyeluruh untuk sistem

MIUI 11 turut tidak ketinggalan dalam mengimplementasikan tema gelap pada sistem. Ciri ini sudahpun diterapkan pada versi beta MIUI 10 untuk Mi 8 dan Redmi Note 5 Pro dan bagi MIUI 11, ia akan diluaskan lagi pada pelayar serta aplikasi pihak ketiga.