Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Minggu Depan, realme 9 Pro+ Akan Tiba Buat Pasaran Tempatan

Posted on Februari 21, 2022Februari 21, 2022

Beberapa hari lepas, dua peranti terbaharu realme, 9 Pro dan 9 Pro+ telah dilancarkan secara rasmi. Tidak perlu menunggu masa yang lama, realme Malaysia akhirnya membawa masuk telefon tersebut buat pasaran tempatan.

Bukan semua tetapi realme 9 Pro+ 5G yang bakal ditawarkan buat peminat tempatan di mana pelancarannya adalah pada 2 Mac depan.

Salah satu perkara menarik mengenainya adalah realme 9 Pro+ dilengkapi kamera Sony IMX766 dengan OIS dan EIS terbina. Walaupun kamera hadir dengan spesifikasi andalan tetapi harganya dikatakan berkelas pertengahan sahaja.

Selain itu, telefon tersebut juga mempunyai panel belakang yang boleh berubah warna, iaitu dari biru ke merah apabila terdedah di bawah sinaran matahari atau sinaran ultra ungu (UV).

Imbas kembali, realme 9 Pro+ 5G didatangkan cip MediaTek Dimensity 920, memori 6/8GB RAM, storan dalaman 128GB, paparan AMOLED 90Hz, bateri 4500mAh dan pengecasan pantas 60W.

Oleh itu, bagi yang menantikan harga rasminya, boleh saksikan pelancaran realme 9 Pro+ 5G di Facebook rasmi realme Malaysia nanti pada minggu hadapan.

Sumber: Siaran Akhbar realme

Baca juga:

  • Xiaomi Mi 12 Ultra Mungkin Akan Dikuasakan Dengan Snapdragon 8 Gen 1+

  • CCRIS Kini Boleh Didaftar Dalam Talian, Ini Langkahnya

  • 5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress