Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri realme 9 Pro Dilancarkan, Harga Bermula RM1,000

Siri realme 9 Pro Dilancarkan, Harga Bermula RM1,000

Diterbitkan Februari 17, 2022 · Dikemas kini Februari 18, 2022 oleh Faiz Munir

realme 9 Pro 5G dan 9 Pro+ 5G telah pun selamat dilancarkan di India. Kedua-dua peranti ini merupakan peranti kelas pertengahan yang mana ia akan menjadi pesaing terkuat buat siri Redmi  Note 11.

Ini adalah spesifikasi realme 9 Pro dan 9 Pro+

realme 9 Pro

  • Cipset: Snapdragon 695 5G
  • Skrin: 6.6 inci LCD FHD+, 120Hz kadar segar semula
  • Kamera: 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto
  • Bateri: 5,000mAh (pengecasan pantas DartCharge 33W)

realme 9 Pro+

  • Cipset: MediaTek 920 5G
  • Skrin: 6.4 inci AMOLED FHD+, 90Hz kadar segar semula
  • Kamera: 50MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto
  • Bateri: 4,500mAh (pengecasan pantas SuperDart 60W)

Berdasarkan spesifikasi ini, ia seperti yang kami pernah laporkan sebelum ini iaitu model 9 Pro+ akan mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding model 9 Pro. Disebabkan itu, bateri yang ditawarkan pada 9 Pro lebih besar berbanding 9 Pro+. Namun model 9 Pro+ tetap mempunyai pengecasan yang lebih pantas.

Siri realme 9 Pro Dilancarkan, Harga Bermula RM1,000
Spesifikasi realme 9 Pro+
Siri realme 9 Pro Dilancarkan, Harga Bermula RM1,000
Spesifikasi realme 9 Pro

Bukan itu sahaja, kadar segar semula juga lebih rendah iaitu 90Hz untuk 9 Pro+ daripada 9 Pro yang menggunakan 120Hz. Tetapi kita dapat lihat yang 9 Pro+ menggunakan skrin jenis AMOLED berbanding LCD yang digunakan pada 9 Pro.

Selain itu, sensor kamera pada 9 Pro juga lebih besar iaitu 64MP daripada 9 Pro+ yang diberikan sensor 50MP. Apa yang menariknya adalah walaupun lebih kecil tetapi ia menggunakan sensor IMX766 dari Sony yang mempunyai ProLight Imaging Technology.

Siri realme 9 Pro Dilancarkan, Harga Bermula RM1,000

Kedua-dua model ini juga mempunyai sistem penyejukan. realme 9 Pro dilengkapi dengan Liquid Cooling System manakala realme 9 Pro+ pula dilengkapi Vapor Chamber Cooling System.

Ini pula adalah senarai harga untuk kedua-dua varian model ini:

realme 9 Pro

  • RAM 6GB + storan 128GB – INR 17,999 (~RM1,004)
  • RAM 8GB + storan 128GB – INR 20,999 (~RM1,171)

realme 9 Pro+

  • RAM 6GB + storan 128GB – INR 24,999 (~RM1,394)
  • RAM 8GB + storan 128GB – INR 26,999 (~RM1,505)
  • RAM 8GB + storan 128GB – INR 28,999 (~RM1,617
    Siri realme 9 Pro Dilancarkan, Harga Bermula RM1,000
    Siri realme 9 Pro Dilancarkan, Harga Bermula RM1,000
    Siri realme 9 Pro Dilancarkan, Harga Bermula RM1,000

 

Walaupun baru sahaja dilancarkan, realme Malaysia dilihat sedang mengacah peranti ini dengan berkolaborasi bersama Free Fire untuk model edisi terhad. Oleh itu, kita akan disajikan dengan 2 model peranti ini tidak lama lagi di Malaysia.

Sumber: realme

Baca juga:

  • OPPO Find X5 Pro Dengan Kamera Hasselblad Akan Dilancarkan 24 Februari
  • MediaTek Akan Perkenal Dimensity 8100 Bulan Hadapan
  • Seperti Dijangka, POCO F4 GT Akan Dilancar Dalam Masa Terdekat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY