CCRIS Kini Boleh Didaftar Dalam Talian, Ini Langkahnya

Mulai 18 Februari 2022, pengguna individu baharu warganegara Malaysia kini boleh terus mendaftar eCCRIS melalui eccris.bnm.gov.my. Tidak seperti sebelum ini, mereka yang berminat kini tidak lagi perlu hadir di pejabat BNM atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

CCRIS ialah singkatan bagi Central Credit Reference Information System atau bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat yang dikendalikan oleh BNM untuk  pengurusan risiko kredit di antara bank. Laporan CCRIS menjadi rujukan bank (atau pemberi pinjam) apabila seseorang individu memohon pinjaman daripada bank.

Laporan ini disediakan kepada institusi kewangan, peminjam (atas permintaan) dan agensi pelaporan kredit yang diluluskan (dengan persetujuan peminjam) sebagai bukti tahap kewangan seseorang.

Untuk pendaftaran ini, anda akan dicaj RM1 namun akan dipulangkan semula secara automatik dalam tempoh dua hari bekerja selepas pendaftaran. Ini adalah untuk pengesahan identiti secara digital.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar eCCRIS.

  1. Layari eccris.bnm.gov.my dan klik Daftar Sekarang atau Register Now.

  2. Isi maklumat diminta dan sahkan butiran bersama terma dan syarat.

  3. Pilih bank dan RM1 akan dicaj tetapi akan dipulangkan semula.

  4. Klik 'Teruskan ke laman laman log sekali lagi' dan klik 'Log masuk kali pertama'.

  5. Isikan nombor kad pengenalan dan kod OTP 6 digit.

  6. Tetapkan ID pengguna dan kata laluan.

  7. Tetapkan imej, frasa dan jawapan keselamatan.

  8. Log masuk ke eCCRIS dengan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan.




Untuk maklumat lanjut tentang CCRIS, anda boleh ke laman web BNM. Anda juga boleh menghubungi BNMTELELINK melalui 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), atau menerusi live chat melalui bnm.gov.my/livechat.

Sumber: BNM

Baca juga: