Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Mi 12 Ultra Mungkin Akan Dikuasakan Dengan Snapdragon 8 Gen 1+

Posted on Februari 21, 2022

Mi 11 Ultra merupakan antara peranti andalan Xiaomi yang termahal. Ketika dilancarkan di Malaysia pada 6 April 2021, harga jualannya adalah RM4299. Dikuasakan dengan Snapdragon 888 dan menariknya adalah ia mempunyai skrin kedua 1.1 inci AMOLED yang ditempatkan di sebelah kamera.

Baru-baru ini, Digital Chat Station mendedahkan bahawa Mi 12 Ultra akan menggunakan cip pemprosesan dari Snadragon yang belum lagi dilancarkan iaitu Snapdragon 8 Gen 1+. Menurut laporan, satu model telefon yang menggunakan Qualcomm SM8475 SoC, ini berkemungkinan besar adalah Snapdragon 8 Gen 1+ kerana model biasa menggunakan nombor model SM8450.

Selain itu, ura-ura juga mengatakan yang cipset varian Plus ini dihasilkan oleh TSMC menggunakan teknologi 4nm dan bukannya seperti Snapdragon 8 Gen 1 yang dihasilkan oleh Samsung.

Kita mungkin tidak dapat melihat telefon ini dalam masa terdekat disebabkan Qualcomm kebiasaannya akan mengumumkan cipset varian Plus ini pada penggal kedua setiap tahun.

Sumber:  Weibo Digital Chat Station

Baca juga:

  • Akhirnya, Telefon Pintar Pertama Guna Dimensity 9000 Akan Dilancar Minggu Ini
  • Kamera Bawah Skrin Untuk iPhone? Teruskanlah Bermimpi
  • BlackBerry Secara Rasmi ‘Mati’ Dan Tak Akan Ada Di Pasaran Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress