Seperti jangkaan Ming-Chi-Kuo pada bulan lalu, Barclays turut menjangkakan model iPhone 12 tidak akan disertakan bersama EarPods di dalam kotak pembelian. Tidak hanya itu, analisis tersebut menyatakan iPhone 12 mungkin tidak akan hadir bersama pengecas dan hanya disertakan kabel USB-C ke Lightning.
Dalam pada itu, pengeluaran iPhone 12 dijangka akan mengalami kelewatan empat ke lima minggu dari yang dijadualkan pada setiap tahun. Apple mungkin akan mengumumkan barisan produk baharu pada September ini, namun beberapa model tersebut dijangka tidak akan tersedia untuk tempahan sehingga Oktober ke November.
Terdahulu, iPhone 12 dilapor bakal menyokong pengecasan pantas 20W. Berikutan khabar terbaru ini, tidak dapat dipastikan jika pengecas akan disertakan sekali dalam kotak pembelian ataupun pengguna perlu membelinya secara berasingan.
Sumber: MacRumors
Beli barangan iPhone dari:
Lazada (https://invol.co/clpm5w)
Berkaitan
- Proton Kelak Akan Dilengkapi Sokongan Apple CarPlay, Android Auto
- Selamat Tinggal Internet Explorer
- Gelombang Haba Di China, Pengeluaran iPad Mungkin Terjejas
- Portal AI Untuk Rakyat Digantung Sementara Waktu
- OpenAI Perkenal Sora - Boleh Hasilkan Video AI Daripada Teks
- realme 6i Terjual Lebih 1000 Unit Pada Hari Pertama Jualan
- Peranti realme Dengan Janaan Cip MediaTek Dimensity 1200 Bakal Hadir Tidak Lama Lagi
- Atuk Pokemon Go Kini Sudah Ada 64 Telefon Pintar
- WHO Bakal Lancarkan Aplikasi Covid-19 Pada Peranti Android Dan iOS
- CEO Sahkan Model Ketiga OnePlus 9R Dengan Harga Mampu Milik