Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ming-Chi Kuo: iPhone 13 Akan Menggunakan Lensa Kamera Utama Seperti iPhone 12

Ming-Chi Kuo: iPhone 13 Akan Menggunakan Lensa Kamera Utama Seperti iPhone 12

Diterbitkan Mac 31, 2021 ยท Dikemas kini Mac 31, 2021 oleh Amalina Athman

Menurut laporan penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo, barisan iPhone 13 yang akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini akan dilengkapi lensa kamera utama yang sama seperti siri iPhone 12.

Ia juga tidak menawarkan penambahbaikan yang ketara pada salah satu daripada tiga lensa yang dimuatkan pada iPhone 13 itu.

lensa utama iPhone 13

Kuo mengatakan iPhone 13 mini, iPhone 13 dan iPhone 13 Pro akan dimuatkan lensa utama 7P yang sama dengan bukaan f/1.6. Bagi versi Pro Max, ia akan dilengkapi lensa dengan bukaan f/1.5, iaitu peningkatan margin berbanding bukaan f/1.6 pada iPhone 12 Pro Max.

Sebagai tambahan, beliau turut menyatakan Sunny Optical akan menjadi pembekal baharu bagi lensa 7P, dengan pengeluaran sistem kamera itu dijangka akan bermula seawal Mei.

Di sisi yang lain, terdapat spekulasi mengatakan lensa ultra-lebar akan dimuatkan dengan pelbagai penambahbaikan.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY