Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, syarikat berkenaan turut menyatakan bahawa perisian itu hanya boleh dijalankan pada komputer yang beroperasi dengan Windows 10 sahaja.
Difahamkan lagi, versi beta mungkin akan dilepaskan sekitar bulan April hadapan. Microsoft turut menyatakan sokongan utama akan diberikan selama 5 tahun manakala sokongan lanjutan dikurangkan kepada 2 tahun, dalam erti kata lain, perisian ini akan dihentikan sokongan pada 2025.
Microsoft menggambarkan Office 2019 sebagai versi 'sambungan' kepada suite, yang membawa maksud, ia adalah perisian mandiri yang boleh dipasang di premis (bukan berasaskan awan) dan dibeli dengan bayaran sekali sahaja dan bukan dengan cara langganan.
Langkah penawaran untuk Windows 10 sahaja dilihat sebagai cara Microsoft mengajak pengguna sistem operasi lama beralih kepada platform baru yang dilengkapi dengan ciri terkini.
Sumber: Microsoft
Berkaitan
- Rebat RM100 Diberikan Untuk Pembelian Vivo V15 Pro Dan V15 Bagi Pembeli Yang Lahir Pada Bulan Ogos
- 10 Akaun Instagram Dengan Pengikut Paling Ramai Setakat Januari 2019
- Potongan Harga Sebanyak RM100 Diberikan Kepada Nokia 3 Dan Nokia 5
- Microsoft Word Untuk Android Sudah Dipasang Lebih 1 Bilion Kali
- Skrin Paparan Galaxy S10 Dapat Pujian Ramai, Tetapi Sedikit Pelik Pada Bahagian Sensor Pengimbas Cap Jari
- Mi Note 10 Lite Diperkenalkan Untuk Pasaran Global, Harga Sekitar RM1865
- Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Rasmi Dilancarkan - Harga Bermula Sekitar ~RM2370
- Pelancaran Global Siri Mi 10 Ditangguhkan
- Mi 10 Pro Raja Baru DxOMark
- Microsoft Bakal Lancar Xbox Dengan Grafik 8K Dan SSD Pada 2020