Dipanggil dengan nama kod Project Scarlett, ia dijanjikan dengan 4 kali lebih prestasi berbanding generasi sebelumnya dimana frame rates mampu mencapai 120fps, resolusi 8K serta ciri ray-tracing untuk kesan cahaya yang lebih baik untuk visual para pemain.
Selain dikuasakan dengan cip Navi 2 dari AMD, konsol ini juga bakal dibekalkan dengan RAM DDR6 berjalur lebar tinggi dan SSD bagi membolehkan akses lebih pantas. Pada pengumuman yang dibuat Microsoft, Ketua jenama Xbox, Phil Spencer menyatakan "Sebuah konsol perlu dibangunkan dan dioptimumkan untuk satu perkara dan satu perkara sahaja; permainan,".
https://www.youtube.com/watch?v=-ktN4bycj9s
Mengiringi pengumuman itu, Microsoft turut memberitahu bahawa Xbox terbabit akan dilancarkan bersama-sama permainan Halo Infinite. Informasi lain mengenai Project Scarlett ia dibayangkan dengan backward compatibility. Pengenalan Xbox Project Scarlett akan dilakukan pada 2020 kelak.
Berkaitan
- Microsoft Akan Tamatkan Akses Permainan Internet Seperti Spades, Backgammon Dan Lain-Lain
- Microsoft Naikkan Storan Minimum Untuk Windows 10 Dari 12GB Kepada 32GB
- Microsoft Tambah Ciri Import Jadual Data Menerusi Rakaman Gambar Pada Excel
- Kemaskini Microsoft Office Untuk Android Tampil Dengan Beberapa Ciri Baru
- Microsoft Akan Bangunkan "Netflix for games"
- Microsoft Dilapor Akan Umum Peranti Boleh Lipat Andromeda Pada Tahun Hadapan
- Microsoft Hentikan Sokongan Office 2007 Bermula Minggu Hadapan
- Facebook, Twitter, Microsoft, Dan Youtube Cipta Pangkalan Data "Kandungan Pengganas"
- Microsoft Bangunkan Konsep Alat Kawalan Permainan Untuk Telefon Pintar
- Pra Tempahan Untuk Microsoft Surface Book 2 Sudahpun Bermula