Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xbox Series S hitam

Microsoft Umum Xbox Series S Carbon Black Dengan Storan 1TB SSD

Diterbitkan Jun 12, 2023 · Dikemas kini Jun 13, 2023 oleh Amsyar Latif

Dalam acara Xbox Games Showcase yang baru sahaja berlangsung, Microsoft mengumumkan ‘konsol baharu’, iaitu Xbox Series S Carbon Black dengan storan 1TB SSD.

Konsol tersebut bakal tersedia di pasaran terpilih pada 1 September depan dengan tanda harga USD349 (~RM1614) dan tempahan awal sudah pun dibuka hari ini.

Dari segi spesifikasi dalaman, tiada apa-apa perubahan lain selain naik taraf storannya serta warna hitam pada luaran konsol tersebut.

Dalam pada itu, CEO Xbox Game Studios Phil Spencer juga mengatakan mereka akan mempertingkatkan pengeluaran Xbox Series S ini bagi memenuhi permintaan pengguna.

Mengimbas kembali Xbox Series S terdahulu, ia dijual pada tanda harga USD299 (~RM1382) dengan storan 512GB sahaja. Jika mahukan storan lebih, pengguna ada pilihan untuk membeli storan luaran Xbox berkapasiti 512GB atau 1TB daripada pengeluar Western Digital.

Berkaitan

  • Dapatkan 'Game' Padat Aksi Berharga RM25.90 Ini Secara Percuma Sekarang
  • Mahukan Jenama Elektronik Yang Berikan Impak Sosial Paling Ketara? Beli Produk Sony Berbanding Apple - Forbes
  • Tesla Malaysia Adakan Temu Duga Secara 'Walk-In' Di Cyberjaya Minggu Depan
  • Riot Games Dan Coca-Cola Lancar Minuman Berperisa Edisi Terhad Untuk Pasaran Terpilih

Sumber: Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY