Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyIDEA Dilancar, Mangsa Bencana Dapat Dikesan Kurang Daripada 5 Minit

MyIDEA Dilancar, Mangsa Bencana Dapat Dikesan Kurang Daripada 5 Minit

Diterbitkan September 20, 2023 · Dikemas kini September 20, 2023 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MySA) membangunkan sistem bagi membolehkan misi penyelamatan mangsa bencana terutamanya dalam kes bencana alam.

Dikenali sebagai Sistem Maklumat Bencana (MyIDEA), ia menggunakan teknologi satelit yang membolehkan misi penyelamatan dilakukan dengan lebih cepat dan teratur.

MyIDEA bertindak mengenal pasti situasi mangsa (Identify), mengesan lokasi sebenar (Detect), memastikan pengurusan menyelamat mangsa dikoordinasi dan dipantau (Ensure) dan mengarkib maklumat untuk paparan visual dan rujukan masa hadapan (Archive).

Menerusi MyIDEA, pihak pengurusan bencana akan menghantar pautan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp kepada mangsa, dan mangsa perlu klik pautan itu, kemudiannya mengisi maklumat yang diperlukan seperti jumlah mangsa dan tahap kritikal keadaan mereka.

MyIDEA seterusnya akan mengesan lokasi mangsa menggunakan sistem satelit sebelum menghantar pasukan bantuan.

Menerusi sistem ini, mangsa yang terperangkap akibat banjir di lokasi tertentu akan dapat dikesan dengan lebih pantas dan tepat, memandangkan semasa kejadian banjir lokasi atau kedudukan tepat mana-mana tempat sekalipun amat sukar untuk dikenal pasti menerusi pemerhatian semata-mata.

MyIDEA dibina untuk kegunaan agensi yang terlibat dalam mengurus dan memberi bantuan banjir yang membolehkan lokasi mangsa dapat dikesan kurang daripada lima minit, manakala tempoh penyelamatan dijangka dipercepat 50 peratus.

Keberkesanan MyIDEA masih memerlukan sokongan capaian internet, jadi kemungkinan MYSA akan memohon pihak seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atau syarikat telekomunikasi untuk memasang menara pemancar di kawasan yang langsung tidak mempunyai capaian internet, sekiranya perlu.

Berkaitan

  • MYSA Uji Satelit Milik Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • MEASAT Diiktiraf Sebagai Operator Satcom Serantau Terbaik 2023

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY