Surface Laptop ini mempamerkan rekaan yang nipis dan elegan dengan saiz nipis pada hanya 14.47 mm. Ianya dibina bersama paparan skrin PixelSense berukuran 13.5 inci pada resolusi HD penuh. Komputer riba ini juga boleh digunakan bersama Surface Pen.
Dibina dengan papan kekunci 'Alcantra' bersama permukaan kain fabrik lembut seperti yang ditampilkan oleh Surface Book sebelum ini. hadir dengan 4 pilihan warna iaitu Platinum, Burgundy, Cobalt Blue dan Graphite Gold.
Bersama cip Intel Core generasi ke-7 ini mereka berkata Surface Laptop memberikan penggunaan bateri yang lebih tahan lama pada 14.5 jam berbanding MacBook Air pada sekitar 12 jam.
Surface Laptop dimuatkan dengan cip pemprosesan Intel Kaby Lake, ditawarkan bersama dua pilihan iaitu Core i5-7200U atau Core i7-7660U. Microsoft juga mendakwa komputer riba baru ini adalah 50% lebih laju jika dibandingkan dengan MacBook Air. Kedua-dua model ini hadir dengan pilihan RAM bersaiz 4GB, 8GB dan 16GB.
Rujuk gambar di bawah untuk spesifikasi penuh Surface Laptop. Komputer riba baru dari Microsoft ini akan dijual ke pasaran bermula pada $999 USD (RM 4400) mengikut tukaran matawang semasa bermula 15 Jun ini. Kalau nak dapat awal boleh pre-order kat SINI
Sumber
Berkaitan
- HTC Bolt Akan Dipasarkan Menggunakan Nama HTC 10 Evo
- Dash Charge - OnePlus Terpaksa Menjenamakan Semula Fungsi Pengecasan Pantas Mereka Selepas Ini
- SKMM Padam 78% Daripada 3,877 Akaun Media Sosial Palsu Yang Ditemui
- (Festival 11.11) Dapatkan Model Kelas Permulaan Terbaik Huawei Pada Harga Kurang Dari RM 700
- Samsung Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Dengan Tetapan Kuad-Kamera Utama
- Sony Xperia XZ4 Dilapor Akan Hadir Dengan Snapdragon 855 & Simpanan Dalaman 256GB
- Lebih 1,000 Unit Honor 8X Terjual Dalam Masa 20 Minit
- Nak Menang Galaxy Note 10? Cuba Nasib Anda Melalui #MYSamsungCreation
- Bagaimana Sarung Tangan Ini Membantu Anda Menyentuh Dari Jarak Jauh
- Webe Menawarkan Pelan Tanpa Had Serendah RM 79