Ia bagi mengelakkan WannaCry daripada tersebar menerusi sistem operasi lapuk tersebut.
Microsoft hari ini telah melepaskan kemas kini kritikal CVE-2019-0708 khusus bagi pengguna yang masih menggunakan sistem operasi Windows XP.
Kemas kini CVE-2019-0708 ini adalah merujuk kepada ciri Remote Desktop Services atau dahulunya dikenali sebagai Terminal Services.
Ia adalah bagi menangani perisian hasad versi terbaru yang lebih moden sepertimana WannaCry daripada mengeksploitasi kelemahan ciri keselamatan yang ada pada sistem Windows XP.
Sekaligus mengelakkan daripada menjadikan sistem yang sudah lapuk tersebut sebagai lubuk untuk perisian hasad sepertinya disebarkan pada sistem-sistem operasi komputer yang lain.
Pihak Microsoft menyifatkan, tindakan mereka melepaskan kemas kini kepada sistem operasi yang sudah lapuk (maksudnya yang sudah tidak diambil peduli) oleh mereka ini sebagai sesuatu yang sangat jarang berlaku.
Microsoft berkata, bagi pengguna sistem operasi Windows 8 dan Windows 10, mereka tidak terdedah kepada isu ini kerana mereka sudah sedia menggunakan versi sistem yang sudah sedia dikemas kini sebelum ini.
Jadi, jika anda masih menggunakan Windows XP sebagai sistem operasi komputer anda, sebaiknya anda menaik taraf kepada versi sistem yang terbaru.
Atau anda boleh memuat turun dan memasang fail kemas kini terbaru yang dilepaskan ini ke dalam komputer tersebut menerusi pautan di bawah sekiranya anda masih mahu terus menggunakan Windows XP.
Platform | Article | Download | Impact | Severity |
Windows XP SP3 x86 | 4500331 | Security Update | Remote Code Execution | Critical |
Windows XP Professional x64 Edition SP2 | 4500331 | Security Update | Remote Code Execution | Critical |
Windows XP Embedded SP3 x86 | 4500331 | Security Update | Remote Code Execution | Critical |
Windows Server 2003 SP2 x86 | 4500331 | Security Update | Remote Code Execution | Critical |
Windows Server 2003 x64 Edition SP2 | 4500331 | Security Update | Remote Code Execution | Critical |
Berkaitan
- Keperluan Minimum Yang Diperlukan Komputer Pengguna Bagi Memasang Windows 10
- Kemas Kini Adobe Creative Cloud Menyebabkan Komputare Windows 7 Dan 10 Tidak Boleh Dimatikan
- Kemas Kini Terbaru Windows 10 Versi 20H2 Akhirnya Ditawarkan Kepada Semua Pengguna
- Microsoft Sedang Bangunkan Aplikasi Optimasi PC Seakan 'CCleaner'
- Microsoft Mengambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Grup Penggodam Korea Utara
- Microsoft, Google Dan Facebook Membantah Keputusan Menteri Pengangkutan Malaysia
- Kemas Kini Windows 10 2004 Kini Ditawarkan Kepada Lebih Ramai Pengguna
- Dah Terlambat, Naik Taraf Ke Windows 10 Dan 11 Kini Tidak Lagi Percuma
- Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Cortana Di Platfom Android Dan iOS Tahun Depan
- Microsoft Tawarkan Platform Ekosistem Kerja Hibrid Untuk Pelbagai Organisasi