Microsoft Melepaskan Kemas Kini Terbaru Khusus Untuk Pengguna Windows XP Bagi Menangani Isu Perisian Hasad WannaCry

Ia bagi mengelakkan WannaCry daripada tersebar menerusi sistem operasi lapuk tersebut.


Microsoft hari ini telah melepaskan kemas kini kritikal CVE-2019-0708 khusus bagi pengguna yang masih menggunakan sistem operasi Windows XP.

Kemas kini CVE-2019-0708 ini adalah merujuk kepada ciri Remote Desktop Services atau dahulunya dikenali sebagai Terminal Services.

Ia adalah bagi menangani perisian hasad versi terbaru yang lebih moden sepertimana WannaCry daripada mengeksploitasi kelemahan ciri keselamatan yang ada pada sistem Windows XP.

Sekaligus mengelakkan daripada menjadikan sistem yang sudah lapuk tersebut sebagai lubuk untuk perisian hasad sepertinya disebarkan pada sistem-sistem operasi komputer yang lain.

Pihak Microsoft menyifatkan, tindakan mereka melepaskan kemas kini kepada sistem operasi yang sudah lapuk (maksudnya yang sudah tidak diambil peduli) oleh mereka ini sebagai sesuatu yang sangat jarang berlaku.

Microsoft berkata, bagi pengguna sistem operasi Windows 8 dan Windows 10, mereka tidak terdedah kepada isu ini kerana mereka sudah sedia menggunakan versi sistem yang sudah sedia dikemas kini sebelum ini.

Jadi, jika anda masih menggunakan Windows XP sebagai sistem operasi komputer anda, sebaiknya anda menaik taraf kepada versi sistem yang terbaru.

Atau anda boleh memuat turun dan memasang fail kemas kini terbaru yang dilepaskan ini ke dalam komputer tersebut menerusi pautan di bawah sekiranya anda masih mahu terus menggunakan Windows XP.













































Platform Article Download Impact Severity
Windows XP SP3 x86 4500331 Security Update Remote Code Execution Critical
Windows XP Professional x64 Edition SP2 4500331 Security Update Remote Code Execution Critical
Windows XP Embedded SP3 x86 4500331 Security Update Remote Code Execution Critical
Windows Server 2003 SP2 x86 4500331 Security Update Remote Code Execution Critical
Windows Server 2003 x64 Edition SP2 4500331 Security Update Remote Code Execution Critical