Microsoft Lancar Aplikasi Office 'Semua Dalam Satu' Bagi Pengguna Android

Jika anda melakukan banyak kerja yang melibatkan suntingan dokumen dalam satu masa, ia mungkin sesuatu yang menjengkelkan untuk beralih antara aplikasi untuk melakukan kerja tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, setelah beberapa bulan dalam ujian beta, Microsoft akhirnya melancarkan aplikasi Office semua dalam satu yang meletakkan Word, Excel, Powerpoint dan banyak lagi di bawah satu bumbung.

Aplikasi Office Semua Dalam Satu Kapsyen: 9to5Google


Ini bermakna, anda boleh membuat suntingan Excel, Powerpoint dan Word tanpa perlu membuka aplikasi yang berlainan.  Selain itu, anda dapat mengimbas dokumen dengan Office Lens, membaca kod QR atau mengakses fail OneDrive dengan aplikasi ini.



Namun, terdapat satu masalah di mana aplikasi baru ini tidak berfungsi sepenuhnya bagi tablet atau Chromebook di mana tiada mod landskap yang disediakan. Aplikasi ini juga masih belum ditawarkan bagi pengguna iOS. Pada masa ini, ia hanya tersedia untuk pengguna Android.

Selama bertahun-tahun, Microsoft menegaskan aplikasi berasingan untuk setiap tugasan, yang memerlukan anda menggunakan setiap aplikasi tersebut untuk menyelesaikan sesuatu. Dengan aplikasi semua dalam satu ini, ia mungkin dapat menjimatkan masa anda untuk melakukan tugasan yang memerlukan penggunaan lebih dari satu aplikasi Office.

Untuk muat turun aplikasi Microsoft Office: Word, Excel, PowerPoint & More, anda boleh ke pautan ini.

Sumber: Engadget melalui Android Police