Microsoft Dijangka Bakal Lancarkan Xbox Baharu Pertengahan Tahun Ini

Acara persidangan peserta industri permainan video terbesar dunia, E3 2019 dijadual akan berlangsung pada Jun nanti di Los Angeles, California.

Persidangan tersebut sering menjadi tumpuan terutama kepada peminat permainan video. Namun, ia mungkin akan sedikit suram pada tahun ini selepas Sony dikatakan tidak akan ikut serta pada acara itu nanti.

Bercakap mengenai Sony, pesaing utamanya Microsoft dilihat akan mengambil kesempatan untuk memperkenalkan model Xbox baharu di E3 2019 kelak.

Menurut laporan portal Perancis, Jeuxvideo.com, Microsoft dilaporkan akan melancarkan bukan satu, tapi dua model Xbox baharu yang menggunakan kod nama Lockhart dan Anaconda.

https://youtu.be/Fmdb-KmlzD8

Antara yang dikatakan bakal menjadi permainan video terawal bagi konsol baru Xbox tersebut ialah Halo Infinite.

Lockhart dikatakan merupakan konsol dengan spesifikasi dengan lebih rendah, manakala Anaconda ialah peranti yang berkuasa tinggi.

Kedua-dua konsol berkenaan juga didakwa akan hadir dengan sokongan SSD. Berikut adalah spesifikasi yang dilaporkan bakal dimiliki oleh dua peranti tersebut:



Berita ini pasti bakal menjadi tamparan buat syarikat Sony untuk melancarkan konsol PlayStation mereka dengan kadar segera.

Bagaimanapun, kita harus menunggu sehingga acara E3 2019 nanti untuk mendengar dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.

 

Sumber: Jeuxvideo via Critical Hit