Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft logo

Microsoft Buang 5 Aplikasi Utama Ini Dari Windows 11 Pada Kemas Kini Akan Datang

Diterbitkan Mei 28, 2024 · Dikemas kini Mei 28, 2024 oleh ariff bukhari

Sudah tiba masanya untuk anda mengucapkan selamat tinggal pada 5 ciri ini termasuklah aplikasi yang sedia ada dalam sistem operasi Windows 11.

Ini kerana, Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan membuangnya pada kemas kini Windows 11 akan datang yang merupakan kemas kini utama yang bakal dilepaskan kepada penggunanya.

Berikut adalah 5 ciri/aplikasi utama yang akan dibuang dari Windows 11:

WordPad

Pada September 2023 lepas, Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka menamatkan sokongan ke atas aplikasi WordPad.

Kini selepas 28 tahun, Microsoft bersedia untuk membuang aplikasi itu sepenuhnya dari sistem operasi Windows 11 pada kemas kini akan datang.

Microsoft mencadangkan pengguna untuk beralih kepada Microsoft Word untuk dokumen teks seperti .doc dan .rtf serta Windows Notepad untuk dokumen teks biasa seperti .txt.

“Wordpad akan dialih keluar daripada semua edisi Windows bermula dengan Windows 11 versi 24H2 dan Windows Server 2025.” Microsoft.

Microsoft Sah Akan Buang Salah Satu Aplikasi Tertuanya Dari Windows
WordPad secara automatik tersedia dipasang dalam sistem Windows sejak Windows 95 dilancarkan pada tahun 1995. WordPad merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna mencipta dan menyunting dokumen dengan format teks serta memasukkan imej dan pautan ke fail lain.

Tips app

Tips app adalah yang terbaru dalam senarai panjang aplikasi yang telah diputuskan oleh Microsoft untuk ditamatkan.

Aplikasi ini telah pun disenaraikan secara rasmi sebagai tidak digunakan, tetapi Microsoft berkata ia akan terus dikemas kini dengan kandungan baharu selagi aplikasi itu dimuatkan dalam Windows.

Tetapi Microsoft akan membuang aplikasi ini menerusi kemas kini Windows 11 utama akan datang, yang dijangka akan dilepaskan tidak lama lagi.

tips app
Tips app memudahkan pengguna mengetahui tentang perkara baharu apabila kemas kini ciri Windows 11 dilepaskan.

Tiada lagi Cortana

Cortana ialah pembantu produktiviti peribadi yang dicipta Microsoft bagi membantu pengguna menggunakan sistem operasi Windows dengan lebih efisien seperti menguruskan kalendar, tetapkan peringatan dan mencari fakta dan informasi.

Cortana, Aplikasi AI Microsoft Kini Membenarkan Pengguna Berinteraksi Terus Di Skrin Kunci
Cortana hanya ditamatkan dalam dalam Windows. Cortana masih tersedia dalam Outlook Mobile, Teams Mobile, Microsoft Teams Display dan Microsoft Teams Rooms.

Walau bagaimanapun, selepas 10 tahun dilancarkan, aplikasi Cortana ini juga sudah lapuk dan kini digantikan dengan Copilot AI yang lebih moden dan canggih dari Microsoft.

Windows Mail dan Outlook Express

Microsoft akan mengalih keluar aplikasi Windows Mail dalam Windows 10 serta Windows 11 dan menggantikannya dengan aplikasi Outlook percuma yang baharu.

Walau bagaimanapun, tindakan Microsoft ini dikritik bukan sahaja disebabkan oleh set ciri Outlook yang kurang memberangsangkan berbanding dengan aplikasi Windows Mail yang asal, tetapi juga kerana ia mengarahkan semua e-mel melalui pelayan Microsoft.

Ini juga terpakai kepada akaun mel yang tidak dihoskan oleh Microsoft. Disebabkan itu, ramai pengguna sudah menukar Windows Mail kepada Mozilla Thunderbird.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Perbandingan Harga Dan Kelebihan Storan Awan Google, Apple Dan Microsoft
  • Mod 120 FPS PUBG MOBILE, Ini Senarai Telefon Yang Sokong
  • Microsoft Wujudkan Laman Khas Semata-Mata Untuk Ingatkan Pengguna Penamatan Windows 10

Sumber: PC World 1, 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY