Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi Band 4 Dikatakan Sudah Dapat Pengesahan Di Taiwan, Ini Mungkin Rupa Bentuk Pengganti Mi Band 3

Mi Band 4 Dikatakan Sudah Dapat Pengesahan Di Taiwan, Ini Mungkin Rupa Bentuk Pengganti Mi Band 3

Diterbitkan Mei 3, 2019 ยท Dikemas kini Mei 3, 2019 oleh Helmi Samsuri

Gelang tangan pintar, Mi Band 3, kini menghampiri usia setahun selepas ia dilancarkan pada penghujung Mei tahun lalu. Merupakan salah satu pilihan popular, versi seterusnya pasti dinanti-nanti pengguna.

Baru-baru ini, model pengganti, ‘Mi Band 4’ dilaporkan sudah melepasi pengesahan badan pensijilan NCC Taiwan. Berdasarkan imej, rekaan bujur itu masih dikekalkan tetapi terdapat sedikit perubahan diberikan padanya.

Mi Band 4 Dikatakan Sudah Dapat Pengesahan Di Taiwan, Ini Mungkin Rupa Bentuk Pengganti Mi Band 3

Antara ketara yang kelihatan adalah bahagian pengecas bukan berada disisi lagi tetapi pada bahagian belakang. Ini menjadikan pengecasnya turut berubah.

Mi Band 4 Dikatakan Sudah Dapat Pengesahan Di Taiwan, Ini Mungkin Rupa Bentuk Pengganti Mi Band 3Tidak dapat dipastikan saiz paparannya akan bersamaan dengan Mi Band 3 ataupun tidak. Bahagian belakang pula kelihatan sensor yang disebut-sebut sebagai sensor kadar degup jantung.

Mi Band 4 juga dikatakan akan mempunyai sokongan Bluetooth 5 dan NFC. Ini membayangkan ciri kemudahan pembayaran tanpa tunai akan ditawarkan. Namun begitu, ia hanya mungkin dijual untuk pasaran China sahaja.

Selain itu, khabar angin turut menyatakan Mi Band 4 diperlengkapkan dengan sensor ECG. Gelang tangan pintar dari Xiaomi memang sudah popular dengan tanda harganya yang murah dan kita mungkin boleh menjangkakan nilai lebih kurang sama diberikan pada Mi Band 4. Adakah ia akan tampil dengan reka bentuk begini atau lebih kemas lagi, kita tunggu pengumuman rasmi dari Xiaomi.

Sumber: Droidshout

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY