Mi 9T Habis Dijual Secara Pra-Tempah Dalam Hanya 2 Jam

Pertama kali muncul rasmi di Malaysia beberapa hari lalu, jualan secara pra-tempah Mi 9T telah dibuka pada hari ini di Lazada.



Nampaknya, peminat-peminat peranti di Malaysia tidak mahu berlengah-lengah untuk mendapatkan peranti ini dimana, pra-tempah yang dibuka berjaya merekodkan jualan 75,000 unit dan hanya memerlukan 2 jam sahaja untuk menghabiskan stok.



Seperti yang sudah diwarkan-warkan sebelum ini, pembelian secara pra-tempah dari Lazada menawarkan harga terendah iaitu RM1099, penjimatan RM100 berbanding harga sebenar.

Memeriahkan lagi hari pembukaan jualan pra-tempah ini, sebanyak 7 unit Mi 9T telah disediakan untuk dimenangi 7 individu bertuah.



Cukup hangat diperkatakan ketika ini, Mi 9T tampil mempertaruhkan rekaan serta ciri menarik sebagai sebuah peranti pertengahan dan tidak ketinggalan, harga yang bersesuaian dengan poket pengguna.

Model yang dijual hari ini merupakan variasi 64GB storan dalaman dan bagi yang 128GB pula, ia akan mula dijual pada 29 Jun di Mi Store.