Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi-Mi-9-SE-2 (1)

Mi 9 SE Diumumkan Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM 1299 Dan RM1499

Diterbitkan April 30, 2019 · Dikemas kini April 30, 2019 oleh Helmi Samsuri

Setelah memperkenalkan Mi 9 pada awal bulan ini, Mi Malaysia sekali lagi tampil memperkenalkan Mi 9 SE secara rasmi bagi penawaran pasaran tempatan.

Model “adik” kepada Mi 9 ini hadir dikuasakan dengan Snapdragon 712 dan merupakan peranti pertama yang dilengkapi dengan cip tersebut.

Mi 9 SE Diumumkan Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM 1299 Dan RM1499

Dibahagian memori menggunapakai RAM 6GB dengan pilihan memori simpanan data 64GB serta 128GB.

Spesifikasi kamera pula menampilkan tri-kamera 48MP+13MP+8MP sementara bahagian hadapan pula diletakkan dengan kamera 20MP. Mi 9 SE dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3070mAh dengan port pengecasan USB-C.

Lain-lain ciri yang boleh didapati termasuklah sokongan NFC dan pengecasan tanpa wayar 18W. Ia akan dijual pada harga RM1299 untuk RAM 6GB/64GB storan dan RM 1499 untuk RAM 6GB/128GB storan.Screenshot 2019-04-30 at 9.46.37 PM

Mi 9 SE akan bermula pada 4 Mei 2019 dan pada tarikh itu sehingga 12 Mei 2019, Mi Malaysia mengadakan promosi dimana pembeli akan menerima Mi Power Bank 2s 10000mAh secara percuma.

Bagi yang masih tertanya-tanya tentang Redmi Note 7 Pro untuk pasaran Malaysia, Mi Malaysia menyatakan ia tidak akan ditawarkan untuk pembeli tempatan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY