Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OPPO Reno7 Pro Bakal Jadi Model Reno Paling Nipis, Dilancarkan 4 Februari Kelak

Posted on Januari 25, 2022Januari 25, 2022

OPPO kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan siri Reno7 mereka yang terbaharu pada 4 Februari.

Dijangka akan ada 2 model utama dalam siri ini iaitu Reno7 biasa serta Reno7 Pro.

 

Siri Reno7 ini akan membawakan rekaan baharu OPPO Glow Design dengan menyertakan teknologi Laser Direct Imaging. Ia membolehkan panel kaca belakangnya menjadi kemasan matte pada masa yang sama masih lagi berkilat.

Reno7 Pro juga masih lagi dilengkapi dengan sisi aluminium rata yang sama seperti Reno6 sbelum ini.

Menurut OPPO, Reno7 Pro akan menjadi telefon Reno paling nipis dengan ketebalan 7.45mm dan hanya seberat 180g.

OPPO belum lagi mendedahkan spesifikasi rasmi siri Reno7. Namun ura-ura awal mengatakan siri Reno7 ini lebih kurang sama sahaja dengan Reno6 sebelum ini kecuali pada bahagian sistem kamera yang lebih berkuasa.

Sumber: Gizmochina

Baca juga:

  • Laman Rasmi Samsung ‘Kantoikan’ Tarikh Pelancaran Galaxy S22, Khabar Angin Kuat Mengatakan Awal Februari Ini
  • Bulan Depan Mungkin Dapat Lihat Rupa Android 13
  • Telefon Ini Cip Padu, Cas Laju Tapi Harga Bawah Seribu

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress