Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Boleh Masuk Pasaran Jalur Lebar

TNB Boleh Masuk Pasaran Jalur Lebar

Diterbitkan Ogos 2, 2018 oleh Helmi Samsuri

TNB dan TM sedia menjalin kerjasama untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar secara menyeluruh kepada pengguna tempatan melalui Pelan Fiber Seluruh Negara.

Namun, kerjasama terbabit telah dibatalkan atas persetujuan kedua-dua belah pihak pada Julai lalu.

Mendapat perhatian daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berpendapat kerjasama terbabit boleh mengundang kepada monopoli besar dalam negara.

Hari ini, menjawab soalan tambahan dari ahli Parlimen Rembau (YB Khairy Jamaludin), YB Gobind menyatakan TNB boleh memasuki pasaran jalur lebar untuk memberikan persaingan kepada penyedia rangkaian yang lain.

“Pada pendapat saya, TNB boleh menggunakan infrastruktur sedia ada dari segi rangkaian gentian optik yang telah tersedia di negara ini” ujar beliau.

Difahamkan kerajaan berharap TNB dapat mempertimbangkan untuk menjadi penyedia infrastruktur jalur lebar seterusnya mengelakkan monopoli dan memberi manfaat kepada pengguna.

Sumber: MalayMail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY