Antara penyebab yang menghalang daripada percambahan ekonomi digital adalah sambungan internet yang perlahan serta kurangnya tawaran pelan mampu milik daripada syarikat penyedia internet.
Walaupunbegitu, akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi Malaysia boleh dikatakan agak tinggi berbanding dengan negara lain dengan kedudukan 74 daripada 167 negara untuk perkhidmatan jalur lebar tetap.
Sementara itu bagi jalur lebar fiber, negara diletakkan di tangga ke-64, dibelakang negara jiran Vietnam serta dua lagi negara dengan tahap pendapatan yang sama iaitu, Mexico serta Turki.
Tidak terhenti disitu, laporan "Malaysia Economic Monitor" turut memberi pandangan yang mana Malaysia perlu meningkatkan kualiti serta pelan yang lebih mampu milik bagi rangkaian jalur lebar.
Antara saranan yang diberikan adalah kerajaan perlu membuka ruang persaingan supaya lebih banyak syarikat memberikan penawaran yang menarik.
Ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor swasta dalam memacu transformasi digital negara.
Laporan penuh boleh baca disini - The World Bank: Malaysia Economic Monitor
Sumber: The World Bank via Malaysian Wireless
Sumber foto: eswcmalaysia
Berkaitan
- Huawei Mate 30 Dan Mate 30 Pro Dilancarkan Di Malaysia, Harga Jualan RM2799 Dan RM3899
- Perhatian Pengguna Black Shark, Ada Dua Aksesori Gaming Baru Sudah Mula Dijual Di Malaysia
- Mi Malaysia Adakan Promosi Istimewa Bersama Lazada 11 November Ini
- Sebanyak RM 6.8 Bilion Telah Dibelanjakan Rakyat Malaysia Untuk Membeli Telefon Pintar
- SKMM Kongsikan Kaji Selidik Aktiviti Internet Pengguna Malaysia
- OPPO Buat Ujian Akses Internet 5G, Mahu Jadi Yang Pertama Keluarkan Telefon Pintar 5G
- Honor 9 Lite Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia
- Android 9 Pie Versi Beta Untuk Xiaomi Mi A2 Mula Kelihatan Di Internet
- Celcom Tawar Diskaun 50 Peratus Bagi Pelan Internet Fiber Di Sabah
- Percuma Data 1GB Untuk Pelanggan Digi, Ikuti Langkah Berikut Untuk Nikmatinya