Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menara Telekomunikasi Ini Dibina Menggunakan Buluh

Menara Telekomunikasi Ini Dibina Menggunakan Buluh

Diterbitkan Mac 29, 2017 · Dikemas kini Mac 29, 2017 oleh Helmi Samsuri

Kalau sebut pasal teknologi, telekomunikasi, antena, kita pasti terpikir tentang peralatan-peralatan canggih.

Tapi tahukah anda, sebuah syarikat yang berpengkalan di Malaysia, edotco Group telah membina menara telekomunikasi pertama dari buluh.

Menara telekomunikasi tersebut telah dipasang di atas sebuah bangunan yang terletak di Dhaka, Bangladesh.

Apa kelebihan batang buluh sehingga ia dijadikan bahan untuk membina menara telekomunikasi?

  • Buluh yang tidak dirawat mampu menampung beban konkrit
  • Dapat menahan tiupan angin 210KM/j
  • Menara ini hanya mengambil masa lebih kurang 12 hari untuk disiapkan serta memerlukan tenaga kerja yang kurang berbanding menara diperbuat daripada besi.
  • Boleh dimuatkan sehingga 8 buah antena.
  • Senang diuruskan kerana ia ringan dan mudah dialihkan.

Buluh yang digunakan akan melalui beberapa rawatan kimia supaya tidak diserang anai-anai dan kulat.

Sebelum direalisasikan, edotco telah melakukan beberapa ujian pada bulan Disember tahun lepas di sebuah tapak ujian bertempat di Kanchpur, Dhaka.

Kejayaan ini merupakan hasil gabungan kepakaran dari edotco dan Bangladesh University of Engineering (BUET).

edotco merupakan sebuah organisasi yang mengendali serta menguruskan lebih dari 25, 000 buah menara yang terletak di

  • Malaysia
  • Myanmar
  • Bangladesh
  • Kemboja
  • Sri Lanka

Sumber: Malaysian Wireless

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY