Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi mini host pc (1)

Memperkenalkan, Xiaomi Mini Host – Mac mini Versi Window

Diterbitkan Disember 13, 2022 Ā· Dikemas kini Disember 13, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam acara pelancaran siri Xiaomi 13, syarikat itu turut memperkenalkan sebuah perkakasan pengkomputeran pula iaitu Xiaomi Mini Host. Dari segi rekaan, ketara betul ia meniru reka bentuk Apple Mac mini.

xiaomi mini pc model office

Ikut terjemahan literal, ia bernama Xiaomi Mini Host. Namun, beberapa media merujukanya sebagai Xiaomi Mini PC. Hal ini kerana ia dilancarkan untuk pasaran China dan belum untuk pasaran global. Justeru, nama Inggerisnya belum diumumkan.

Tapi, apa yang pelik? Xiaomi memang dikenali sebagai Apple China. Lei Jun iaitu pengasas Xiaomi sendiri mengidolakan mendiang Steve Job.

xiaomi mini host pc (1)

Berbalik pada peranti ini, ia dilengkapi cip Intel Core i5 gen-12, RAM DDR4 sebesar 16GB (sokong hingga 64GB) dan storan dalaman 512GB.

Sudah dipasang dengan Windows 11 Home Chinese Edition, ia mempunyai berat 437g dengan dimensi 112Ɨ112Ɨ38mm.

Untuk kuasa pula, ia menyokong hingga 100W (20VāŽ“5A).

xiaomi mini host pc (6)

Xiaomi mengiklankan bahawa ia sesuai untuk kegunaan ringan seperti peribadi, di rumah, pejabat hinggalah untuk penciptaan kandungan dan hiburan kerana ia sokong paparan 4K.

Interl Iris Xe Graphics menjadi nadi untuk elemen grafiknya.

Di hadapan, ada 2 lubang USB 3.2, satu lubang 3.5mm dan butang kuasa.

xiaomi mini host pc (7)

Di belakang pula, 1 port USB 2.0, 1 port USB 3.2, 2 port Thunderbolt 4, 2 port HDMI 2.1 dan kabel rangkaian 2.5G.

Selain itu, untuk sambungan, peranti ini mengandungi network card AX211, menyokong Wi-Fi dan Bluetooth 5.3.

Dalam kotak, pembeli akan terima Xiaomi Mini PC sendiri, penghubung kuasa dan buku panduan.

Xiaomi Mini Host

Di China, kotak komputer ini dijual pada harga 3999 yuan iaitu bersamaan sekitar RM2,500.

Tak pasti apakah Xiaomi Malaysia akan turut memasarkannya di sini. Sama-sama kita nantikan.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 2 Diperkenalkan - Lebih Pantas Dan Efisien, Wi-Fi 7, Spatial Audio
  • Xiaomi Mahu Keluarkan 10 Juta Unit Kereta Elektrik Setahun Untuk Jadi 'Top 5'
  • Siri Xiaomi 13 Dilancarkan - Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dengan Kamera Leica
  • Senarai Ciri Terbaharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Diterima
  • Lei Jun Sahkan Siri Xiaomi 13 Akan Hadir Untuk Pasaran Global Tidak Lama Lagi

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY