Memang Gempak, Ini Tips Kami Untuk Guna Kamera Samsung Galaxy S10

Lebih kurang seminggu yang lalu, kami telah menerima peranti Samsung Galaxy S10 untuk diuji dari pelbagai aspek. Dan selepas "membuli" peranti ini, kami dapati ia memang merupakan antara peranti yang terbaik pernah kami gunakan.

Antara yang paling mencuri tumpuan kami ialah kualiti yang ada pada tetapan kamera utamanya. Samsung wajar dipuji kerana membekalkan tetapan kamera yang sama pada model Galaxy S10 seperti Galaxy S10+.



Samsung Galaxy S10 ini hadir dengan tetapan tri-kamera utama 12MP telefoto + 12MP sudut luas + 16MP ultra-luas serta kamera swafoto 10MP + 8MP depth sensor.

Antaranya ialah HDR mode, format "raw", fungsi dwi-aperture, mod malam Super Night Shot serta lensa ultra-luas untuk menangkap lebih banyak subjek.

Oleh itui, pada penulisan kali ini, kami akan kongsikan sedikit tips untuk menggunakan kamera Galaxy S10 ini pada tahap paling optimum. Tanpa berlengah lagi, jom kita ke tips yang pertama.

1.Gunakan mod HDR

Pada aplikasi Camera yang dimiliki Samsung Galaxy S10, terdapat beberapa mod atau tetapan yang boleh digunapakai. Antara yang paling berguna ialah tetapan HDR-nya.



Ia akan membantu kamera untuk mengimbangi kadar pengcahayaan yang terdapat dalam gambar sekaligus menjadikan gambar lebih terperinci dan lebih tepat di mata manusia.=

Pada kebiasaannya, fungsi ini akan menangkap tiga gambar berbeza iaitu gelap, terang dan neutral sebelum digabungkan menjadi satu gambar yang lebih sempurna.

2 Ambil gambar dengan format "RAW"

Telefon pintar yang menyokong tangkapan gambar dengan format RAW ini semakin banyak ditawarkan di pasaran, dan salah satu daripadanya ialah Samsung Galaxy S10 ini.



Format ini membolehkan lebih banyak ubahsuai serta suntingan dapat dibuat selepas gambar diambil. Ia secara tidak langsung memberi lebih kebebasan kepada pengguna untuk mengubah perkara-perkara penting pada imej seperti pengcahayaan, perincian bayang-bayang dan sebagainya.

Ia membolehkan lebih banyak perincian pada gambar dapat dikekalkan tanpa kehilangan kualiti gambar berbanding apabila gambar disimpan menggunakan format JPEG seperti biasa.

3. Gunakan Kaedah "Rules Of Third" Dengan Betul

Kaedah rules of third ini pada hakikatnya adalah satu perkara yang sering digunapakai oleh setiap jurugambar profesional. Kadangkala, mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka menggunakannya.

Rules of third ini membolehkan maksud dalam sesebuah gambar itu disampaikan dengan lebih efektif dan kreatif. Cara menggunakannya adalah anda perlu mengaktifkan fungsi Gridlines pada tetapan aplikasi kamera terlebih dahulu.



Selepas itu, anda hanya perlu pastikan subjek yang ingin tangkap berada dibahagian sepertiga grid sama ada di sebelah kiri mahupun kanan atau pada titik persilangan garisan grid.

4. Jangan Lupa Aktifkan Mod Malam dan Fungsi Dwi-Aperture

Pada hari ini, para pengeluar mula mementingkan fungsi mod malam bagi membolehkan tangkapan gambar yang lebih menarik pada waktu malam. Sebagai contoh, Samsung membekalkan mod Super Night Shot pada model Galaxy S10 kali ini.



Melalui fungsi Scene Optimizer yang ada pada aplikasi kamera peranti ini, ia akan mengaktifkan Super Night Shot secara automatik apabila mengesan suasana kurang cahaya.

Tidak cukup dengan itu, peranti ini juga mempunyai fungsi dwi-aperture dimana pengguna boleh mengawal saiz bukaan aperture mengikut kesesuaian. Bukaan yang lebih besar sesuai digunakan semasa keadaan kurang cahaya manakala bukaan kecil untuk keadaan cahaya terang.

5. Lensa Sudut Luas Untuk Lebih Banyak Subjek

Lensa sudut luas menjadi semakin penting ketika ini. Ia membantu pengguna untuk memuatkan lebih banyak subjek dalam satu gambar. Fungsi ini sangat berguna terutamanya ketika anda mahu mengambil gambar secara berkumpulan atau mahu mengambil foto pemandangan.



Apa yang menarik mengenai Samsung Galaxy S10 ialah ia dilengkapi dengan lensa 16MP ultra-luas yang mampu mengambil gambar pada sudut 123 darjah. Boleh dikatakan ia adalah seluas sudut pandang manusia.

Untuk mengaktifkannya pada Samsung Galaxy S10, pengguna hanya perlu menekan butang ikon tiga batang pokok. Kualiti imej yang dihasilkan juga tidak terjejas ketika menggunakan lensa sudut ultra-luas ini.

6. Gunakan Mod-Mod Menarik Yang Ada Pada Aplikasi Telefon Anda

Kebanyakan kamera telefon pintar hari ini didatangkan dengan pelbagai mod yang menarik untuk digunakan. Namun, istimewanya Samsung Galaxy S10 ini, ia mempunyai efek-efek menarik pada mod Live Focus-nya.



Antara efek yang paling saya gemari ialah Color Point. Melaluinya, latar belakang subjek akan diubah menjadi warna hitam dan putih bagi menonjolkan imej subjek dalam gambar.



Selain itu, ia juga mempunyai beberapa fungsi menarik lain seperi Food untuk tangkapan gambar makanan dan mod Instagram untuk perkongsian secara terus ke Instagram Stories.

Sebagai informasi tambahan, rakaman video pada peranti ini adalah amat baik dan sangat stabil. Ini kerana ia disokong oleh sistem penstabilan imej optikal(OIS). Selain itu ia juga menyokong fungsi HDR10+ pada rakaman 4K.

Pendek kata, untuk mendapatkan tangkapan gambar(atau video) yang terbaik, anda perlukan gabungan di antara skil yang tinggi dan peranti yang terbaik. Dan jika bercakap mengenai peranti terbaik, Samsung Galaxy S10 adalah peranti yang sempurna.

Oleh itu sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh melayari laman sesawang rasmi Samsung Malaysia ataupun pergi ke mana-mana pengedar Samsung berhampiran anda.