Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Telefon Boleh Lipat Samsung Juga Merupakan Tablet Yang Boleh Disimpan Di Dalam Poket” – CEO Samsung

Samsung Mungkin Hasilkan Telefon Dengan Sistem Kawalan Berasaskan Tekanan Pada Masa Hadapan

Diterbitkan November 2, 2018 ยท Dikemas kini November 2, 2018 oleh Haikel Areff

Belum pun melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat mereka, Samsung dilihat sudah mempunyai perancangan baru untuk masa hadapan. Menurut laporan SamMobile, Samsung telah mempatenkan sistem navigasi berasaskan sensitivi tekanan pada peranti mereka.

Samsung Mungkin Hasilkan Telefon Dengan Sistem Kawalan Berasaskan Tekanan Pada Masa Hadapan
Kredit: SamMobile

Menurut sumber, peranti dengan ciri berkenaan akan dapat menjalankan beberapa perkara berbeza mengikut tahap tekanan yang diterima oleh butang kuasa dan bahagian tepi skrin peranti.

Sebagai contoh, dengan tahap tekanan berbeza yang dikenakan apabila menekan butang kuasa, anda boleh mematikan, mengaktifkan mod kecemasan dan memula semula peranti.

Samsung Mungkin Hasilkan Telefon Dengan Sistem Kawalan Berasaskan Tekanan Pada Masa Hadapan
Kredit: SamMobile

Selain itu, sekiranya anda mengenakan tekanan dengan memicit kedua-dua sisi peranti, ia akan memadamkan paparan peranti(sleep). Berbeza dengan HTC U11 yang mempunyai bingkai boleh pulas, peranti Samsung ini hanya memiliki ciri tersebut pada panel skrinnya sahaja.

Walaubagaimanapun, mengambil kira senarai teknologi dan peranti yang pernah dipatenkan sebelum ini, tidak semestinya telefon ini akan dibangunkan oleh Samsung.

 

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY